Warna sememangnya memberi seribu satu erti terhadap kehidupan. ia bagaikan muzik yang dapat menyumbang mood dan kadang-kalanya berupaya mengubah emosi seseorang dalam sekelip mata. Selain menggayakan pakaian yang pelbagai warna untuk memaparkan aura terbaik diri, ayuh ketahui apakah warna-warna terbaik yang boleh dimanfaatkan sebagai warna dekorasi dalam rumah menurut zodiak si pengghuninya.
#1 KUNING | Gemini
Hello si Gemini, anda terkenal dengan sifat ceria dan periang. Peramah dan mudah menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Kuning adalah rona fleksibel ynag mudah untuk digayakan dengan apa jua warna jika kena pada tempatnya. Tentunya samalah dengan perangai anda yang mudah mesra dengan orang tu!
#2 UNGU | Leo
Suka bantu orang lain dan seorang pendengar yang baik. Jelaslah, Leo adalah pendamping setia buat mereka yang dilanda drama kehidupan atau masalah. Hmm… kata-lata anda umpama orang bangsawan yang tentunya sangat bermakna buat si penerima nasihat. Nah, ini warna ungu untuk anda.
#3 HIJAU | Libra
Sering dianggap tabah sememangnya Libra memiliki sisi tegas dan lembut (seimbang) serta menghargai segala kecantikan dan keindahan tercipta. Keseimbangan hidup menjadi matlamat utamanya. Hijau adalah warna yang harmoni, Virgo sangat memerlukan ruang yang sejuk mata memandang sebaik pulang dari kerja
#4 COKLAT | Sagittarius
Sentiasa mengeluarkan kata-kata semangat dna menjadi contoh hidup buat kenalan terdekat. Semangat mereka ini tinggi, dan ada kalanya sangat versatile! Semangat tinggi Sagittarius mampu diseimbangkan menerusi palet warna kelam coklat. Warna coklat juga menenangkan dalam mewujudkan susasana yang cozy dan nyaman.
#5 PUTIH | Pieces
Kuat berimaginasi, banyak berfikir namun hatimu begitu lembut bagaikan kapas yang menunggu untuk dibelai manja. Oleh itu warna putih ini adalah bertepatan dengan karakter anda seterusnya boleh menyumbang ketenangan abadi kepada jiwa dan raga anda yang sering bercelaru tu. Harap-harap anda kembali tenang!
#6 MERAH JAMBU | Aries
Feminin. Anda adalah perempuan berani kerana yakin menggayakan warna yang sering dianggap ‘menyakitkan’ mata itu. Bukan itu sahaja, anda dinamik malah gemarkan cabaran. Oh! Elegan juga. Sangat sempurna untuk mereka yang bersifat unik dan berhati kental. Wanita besi mungkin?
#7 KRIM | Virgo
Sangat terperinci dan genius orangnya. BIJAK. Mereka boleh menilik sesuatu perkara secara berulang-ulang tanpa jemu bagi menemui kesempuranaan. Praktikaliti juga memainkan faktor utama utama dala setiap pilihan yang dibuat si Virgo.
#8 HITAM | Taurus
Mungkin sesetengah orang menganggap si Taurus bersifat degil, namun sebenarnya anda adalah orang yang bersifat teguh pendirian, menghargai kecantikan serta kemewahan. You’re a trendsetter! Seperti yang selalu dianggap dalam kamus fesyen, hitam adalah warna yang tidak lapuk dek zaman tahu?
#9 OREN | Aquarius
Aquarius gemar sesuatu yang unik. Mereka gemarkan kelainan dalam cara hidup yang dibawa. Warna oren adalah rona menyengat yang dapat memberi aura sensasi segar buat kediaman milik si Aquarius.
#10 KELABU | Capricorn
Perahsiam, penyabar dan sangat bekerja kuat. Mereka hanya percaya yang perkara baik akan muncul jika ia berbekalkan usaha dan kesabaran yang tinggi. Sifat disiplin dan sistematik dalam merancang rangka kerja adalah sebahagian dari caranya untuk mengurus hidup agar lebih rapi. Nah, warna kelabu sangat elegen, maskulin dan klasik begitu sempurna untuk menlengkapi kehidupan si Capricorn.
#11 BIRU CAIR | Cancer
Alamak! Sensitif rupanya ya..? Anda sangat setia biarpun dilukai berulang kali. Warna tenang seperti biru cair ini bisa memulihkan jiwa anda agar kembali normal. Ia seterusnya akan rangsang inspirasi dan fikiran kehadapan untuk meneruskan hidup agar tidak terus terkongkong dalam desakan minda yang memeritkan.
#12 MERAH | Scorpio
Perfectionist dan sangat ghairah dalam setiap perihal yang dikerjakannya sama ada dari segi cinta, karier mahupun kehidupan. Merah menyala amat padan dengan si tuan badan. Paling menarik, jangan berani-berani menipu si Scorpio kerana sangkaannya selalu tepat! Sixth sense mereka sangat kuat tau?