Tahniah buat penyanyi kacak Zayn Malik menerima anugerah bagi kategori Best Music Video of the Year di majlis anugerah iHeartRadio Music Awards.
Muzik video lagu single pertama dia “Pillowtalk” mendapat undian tertinggi dari peminat.
Zayn tanpa ambil mudah, menghadiahkan video ucapan terima kasih untuk peminat di laman rasmi Twitternya.
“Saya sekarang berada di Paris-maaf tidak dapat berada disana”, katanya didalam video tersebut. “Ada seekor burung memberitahu saya yang saya memenangi anugerah iu, jadi saya sangat berterima kasih.”
Dia menambah lagi, “Saya juga sangat terharu kepada semua yang mengundi, ianya amat bermakna, dan bintang pembantu saya juga berada disebelah saya, jadi dia mahu berkata ‘hello’ juga.”
Dengan tiba-tiba, teman wanita Zayn, Gigi Hadid muncul dan meluahkan perasaan penghargaan dia kepada peminat.
“Hai semua. Terima kasih,” kata Gigi dengan ringkas.
thank you 🙌🏽🙌🏽🙌🏽🙌🏽 #iHeartAwards pic.twitter.com/gxaJXQ2jVG
— zayn (@zaynmalik) March 5, 2017