Siapa yang tidak kenal dengan tokoh gajet terkemuka Steve Jobs. Usahanya mengembangkan jenama Apple sebagai produk yang mempunyai identiti tersendiri berjaya meletakkan namanya sebagai usahawan hebat di dunia.
Adat menjadi orang terkenal, apa sahaja yang dilakukan pasti menjadi tumpuan orang ramai. Malah tempias popularitinya turut dirasai beberapa jenama lain, termasuklah jam tangan Seiko Chariot yang pernah digayakannya menerusi muka hadapan majalah Time pada tahun 1984.
Jam tangan tersebut telah dilelong pada Februari tahun lalu dengan harga mencecah RM188,82.
Berikutan sambutan yang menggalakkan, Seiko membuat jualan semula dalam jumlah terhad, iaitu 1982 unit. Harga jualannya ialah 20,000 Yen sekitar RM792 duit Malaysia. Bagaimanapun, kesemua edisi khas Seiko Chariot ini hanya boleh didapati di Jepun.