Peminat makanan Korea sekalian bersedialah dengan kehadiran restoran fusion makanan Korea ‘Chir Chir’ yang kini dibuka di Pavilion!
Menu yang berasaskan dari ayam ini pasti mengecurkan dan ia sesuai untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan. Ayam yang digunakan hanya yang segar serta sos perapan yang berasal dari Seoul yang mempunyai sama rasa dengan 100 outlet yang lain di Korea Selatan, China, Taiwan, Indonesia dan Singapura.
‘Chir Chir’ (disebut Chi-ruh Chi-ruh) mendapat nama dari bunyi ‘pop’ ketika ayam digoreng dan ia juga dari inspirasi ‘Chimaek’ gabungan ‘chi’ chicken dan ‘maek’ bir cara unik terbaru orang Korea menikmati ayam goreng. Ia juga dipopularkan salah satu drama Korea ‘My Love From Star’.
Pelbagai menu utama ‘Chir Chir’ bermula dari Signature Fried Chicken, Nest Snow, Roasted, Special, Salads dan juga Cocktails dan Mocktails.
Bertuahnya Wanista apabila dapat merasa hampir semua signature menu di Chir Chir! Nak tahu hidangan yang mana paling menyelerakan dan pilihan Wanista, sediakan mata-mata anda untuk menjamu selera!
Kita mulakan dengan pembasah tekak dari Chir-Chir…
#1 Minuman Blueberry Sparkling – RM24.90
#2 Minuman Passion Yellow Tok Tok – RM24.90
#3 Red Gizer – RM24.90
Wanista sempat mencuba 9 hidangan ayam dan salad!
#1 Honey Grape Salad – RM29.90
Tak dapat nak bayangkan salad buah memang dari buah anggur segar yang langsung tiada biji! Istimewanya ia digaul mesra dengan krim keju, kekacang dan kismis menghasilkan rasa manis-masin rangup.
#2 Crispy Fried Chicken – RM56.90
Original or Spicy? Setiap hidangan ayam goreng di Chir Chir akan mendapat 15 potongan bahagian bersamaan dengan 1 ekor ayam!
#3 Garlicky Tenders – RM48.90
Hendak cuba sesuatu yang baru? Ayam goreng rangup diperisakan dengan rasa bawang putih.
#4 Ttebokki Cheese – RM15.90
Anda memang gilakan keju? Wajib anda order hidangan ini kerana ia dihasilkan dari tiga keju iaitu keju parmesan, cheddar dan krim keju. Tak sangka tteabokki memang lagi sedap makan dengan keju.
#5 Spicy Ttebokki – RM29.90
Memang pedas ….. mengancam! Siapa yang suka hirup kuah pedas boleh cabar diri dengan hidangan ini. Dihidangkan dengan kepingan kek ikan, sotong goreng, ttaebokki dan telur rebus goreng. Walaupun pedas, team Wanista makan bertambah tau!
#6 Chir Chir Mi Chir – RM62.90
Pilihan penulis! Hidangan ini boleh makan sampai 2 hingga 3 orang. Memang rasa lemak cheese kuah spaghetti. Padanan paling sempurna dengan ayam goreng Chir Chir tanpa tulang didalam hidangan ini. Rasa ayam yang pedas memang sesuai untuk hilangkan rasa muak keju.
#7 Honey Butter Chicken – RM56.90
Pertama kali mencuba hidangan ayam goreng rangup yang rasanya manis-manis! Bagi anda yang tak tahan pedas boleh mencuba….. tteabokki dan kentang wedges pun dah rasa macam ala pencuci mulut. Hidangan ini antara bestseller di Singapura.
#8 Spicy BBQ Roasted Chicken – RM62.90
Dari tadi asyik yang bergoreng sahaja kan, jangan risau yang mana menjaga kadar minyak boleh mencuba ….. hidangan ayam panggang disalut dengan sos barbekue memang menjilat jari. Terdapat juga hidangan sampingan kentang bakar dan telur rebus.
#9 Spicy Seafood Soup – RM54.90
Ini pula hidangan editor kami! Jangan ingat di Chir Chir semuanya tentang ayam. Disini juga menyediakan hidangan makanan laut bersama kuah pedas aroma Korea. Udang, sotong, kepah dan banyak lagi dalam satu hidangan….
Kecur tak air liur?
Jadi terus sahaja ke Chir Chir, Pavilion Kuala Lumpur. Ikuti promosi dan menu terbaharu dari Chir Chir di Facebook Chir Chir Malaysia atau Instagram Chir Chir Malaysia.