Teknik pembentukan badan yang baharu kini bakal merubah kehidupan wanita di Malaysia. Dikenali sebagai Cryo-Lipolysis generasi kedua oleh Zimmer Aesthetics mula dilancarkan semalam. Teknologi penghapusan lemak itu kini menggabungkan gelombang kejutan Z Lipo dan Z WavePro. Apa yang menariknya, teknologi ini tidak berfungsi seperti pembedahan kecantikan di mana ia tidak menyakitkan malah menjanjikan kesan yang cepat.
Khas buat individu yang mahu mendapatkan bentuk tubuh idaman secara semula jadi, Cryo-Lipolysis generasi kedua bukanlah proses penghapusan lemak yang berbahaya. Ia telah mendapat kelulusan sejak 2009 dan kini sangat popular dalam kalangan wanita terutamanya yang memilih untuk mendapatkan bentuk tubuh cantik tanpa melakukan sebarang pembedahan kosmetik seperti liposuction yang akan menggunakan alat penusuk untuk menyedut lemak di bahagian tertentu.
Prosedur Cryo-Lipolysis generasi kedua ini akan berfungsi dengan membekukan lemak tubuh di bahagian yang dikehendaki seterusnya membantutkan keaktifan pertumbuhan lemak tersebut. Mesin khas Cryo-Lipolysis generasi kedua memiliki alat pembuangan lemak versatile yang disertai aplikator kecil serdehana dan besar, amat sesuai untuk semua jenis badan dan untuk kegunaan pada pelbagai bahagian tubuh termasuklah lengan, punggung, bahagian dalam dan luar peha, perut serta sisi pinggang yang sememangnya mudah dihinggap lemak tepu.
Tonton Video Untuk Lihat Bagaimana Rawatan Cryo-Lipolysis Generasi Kedua Zimmer Aesthetics Dilakukan
https://www.youtube.com/watch?v=tovz0IEhhgQ
Bukan itu sahaja, Cryo-Lipolysis generasi kedua boleh menjadi jalan penyelesaian untuk menghilangkan selulit. Penggunaan gelombang radikal yang tinggi dari sistem mesin tersebut akan bantu menegangkan kulit secara berperingkat malah menggalakkan penghasilan kolagen dan memperbaiki keanjalan kulit tubuh agar kelihatan mantap biarpun umur semakin meningkat.
Sebuah kajian yang dilakukan pada tahun 2013 mendapati rawatan gelombang kejutan yang dilakukan sekali seminggu selama empat minggu berturut-turut akan memberi efek yang ketara dalam pengurangan lemak degil pada tubuh.
Rawatan Cryo-Lipolysis generasi kedua boleh dilakukan di beberapa klinik kecantikan terpilih di Malaysia yang boleh dirujuk di sini [www.zimmer-aesthetics.com.my]