Jejaka ‘Mat Saleh’ yang fasih bertutur loghat Terengganu, Kareef Daniel Abdullah atau lebih dikenali sebagai Mat Dan, melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis Melayu tempatan, dekat Bukit Chendering, semalam.
Majlis pernikahan antara Mat Dan, 28, dan gadis pilihannya yang dikatakan bertugas sebagai pramugari itu berlangsung petang semalam, selepas pasangan terbabit bertunang dalam majlis ringkas.
Pertunangan pasangan itu diketahui media selepas tersebarnya dua keping gambar menunjukkan Mat Dan yang juga pengacara rancangan bercorak travelog itu, lengkap berbaju Melayu serba biru sambil ditemani ibu bapanya, Nicol Tyler dan Kevin Tyler.
Sekeping gambar yang viral di media sosial, menunjukkan ibu Mat Dan menyarungkan cincin ke jari seorang gadis berbaju serba biru dan bertudung ungu lembut.
Difahamkan, majlis pertunangan itu dilangsungkan jam 10 pagi dan hanya dihadiri keluarga dan sahabat terdekat pasangan itu.
Menurut kenalan Mat Dan, nama sebenar Kareef Daniel Abdullah, “identiti gadis pilihan hati Mat Dan juga tidak dapat didedahkan ketika ini atas permintaan keluarganya.”
Mat Dan kini merupakan hos beberapa rancangan TV tempatan bercorak pengembaraan seperti Haramain Backpackers dan Mat Dan Kaki Jalan.
Pengakuan Mat Dan Ambil Masa 3 Tahun Untuk Belajar Bahasa Melayu
Program itu disampaikannya dalam loghat Melayu Terengganu.
Minat mengembara pemuda dari Bristol, England ini, membawanya ke Thailand, Laos dan kemudian ke Pulau Perhentian, Terengganu pada 2009 dan seterusnya ke Pulau Kapas.
Ciri-Ciri Perempuan Yang Disukai Mat Dan
Sehingga kini, beliau sudah tinggal di Malaysia kira-kira tujuh tahun.