Puma dan Sesame Workshop, organisasi pendidikan di bawah Sesame Street mengembangkan perkongsian mereka dengan memperkenalkan koleksi baru untuk peminat Sesame Street, istimewa untuk golongan yang berjiwa muda dan bebas.
Puma x Sesame Street menampilkan koleksi untuk dewasa dan kanak-kanak yang menggabungkan butiran serta silhouette kartun Sesame Street yang pasti akan membuatkan kita tersenyum apatah lagi gembira melihatnya. Lebih-lebih lagi buat peminat yang membesar menonton kartun ini. Setiap kepingan yang dikeluarkan ilham Sesame Street memberi kelainan dan keseronokan kepada si pemakai.
Harga untuk setiap Koleksi Puma x Sesame Street:
- PUMA x SESAME STREET cap RM120.00
- PUMA x SESAME STREET Backpack RM270.00
- Basket x Sesame Street RM420.00
- Suede Wns’ x Sesame Street RM420.00
- Prevail OG x Sesame Street RM420.00
Koleksi Puma x Sesame Street kini boleh didapati di semua Butik Puma di seluruh negara. Kasut dan aksesori hanya terdapat di Butik Sole What (Mid Valley) sahaja.