Bella Cole, seorang bayi berusia 8 bulan disangka anak patung setiap kali berjumpa dengan orang ramai dan ada juga yang menyangka dia memakai rambut palsu.
Menurut ibunya Phillipa Rabbitts, anaknya itu dilahirkan dengan berat kurang 2 kilogram dan tiga minggu awal. Keadaan rambut Bella yang lebat itu juga mengejutkan para jururawat di hospital kerana mereka belum lihat lagi rambut seorang bayi selebat itu.
Dengan keadaan rambut yang tebal dan lebat, Phillipa terpaksa mengambil masa yang lama untuk menyiapkan Bella. Dia tidak menggunakan pengering rambut sebaliknya hanya menggunakan tuala kering kerana Bella tidak menyukainya.
Phillipa dan suaminya berharap setelah dewasa nanti berharap anaknya akan menyimpan rambut panjang ala karakter fantasi Disney, Rapunzel.
Si comel Bella sehingga kini masih menggunakan tiub makanan kerana dia tidak boleh minum susu dari botol dan dia juga masih lagi dalam pemantauan para doktor kerana kelahiran pra-matang.