Downy, pelembut fabrik global terkemuka, meraikan semangat kental dan kualiti berkekalan wanita Malaysia pada Hari Wanita Antarabangsa dengan pelancaran Downy Parfum Collection™ yang baharu dan dipertingkatkan. Inovasi ini daripada Procter & Gamble (P&G) menawarkan keharuman yang berpanjangan untuk fabrik, dicipta khas untuk kaum wanita yang kekal anggun #NeverFade.
Duta Downy #NeverFade, Scha Alyahya, menerajui kempen ini di Malaysia untuk menggalakkan wanita perkasa untuk memperkasakan lebih ramai wanita.
“Saya begitu berbangga kerana dapat bersama Downy sebagai duta jenama untuk kempen #NeverFade di Malaysia. ‘Never Fade’ adalah mengenai semangat mengiktiraf dan memupuk sifat-sifat dalam diri kita sendiri, untuk membolehkan kita menghadapi cabaran dan juga memberi inspirasi kepada orang lain.
“Ia juga merupakan cogankata yang saya bawa bersama diri saya sepanjang hidup saya, mantera yang memberi inspirasi kepada saya untuk terus memberikan yang terbaik dalan industri hiburan selama lebih sepuluh tahun. Bersama-sama dengan Downy, saya berharap untuk mencetuskan keyakinan lebih ramai wanita Malaysia dan memperkasakan mereka untuk meninggalkan kesan yang positif dalam dunia ini,” kata duta jenama Downy, Scha Alyahya.
Direka untuk menepati pelbagai personaliti dan ciri wanita Asia Tenggara, Parfum Collection™ baharu Downy bercirikan rumusan wangian-wangian induk sofistikated yang dipertingkatkan: Mystique, Passion, Romance dan Fusion, serta wangian Daring baharu yang aromatik dan mewah.
Acara ini juga melancarkan Koleksi #NeverFade oleh pereka fesyen anugerah Malaysia, Nurita Harith. Koleksi ini mempamerkan 12 reka bentuk dengan estetik yang feminin serta berani, diilhamkan oleh kualiti berkekalan wanita Malaysia.
Downy Parfum Collection™ baharu kini dijual di pelbagai kedai di seluruh negara. Ikuti perkembangannya di www.facebook.com/DownyMY, di Instagram @downymalaysia, #Downy dan #NeverFade bermula dari 8 Mac 2017.