Lapar di tengah malam, tiada idea untuk makan dimana atau inginkan sesuatu ringkas dan harga yang berpatutan, pasti ingatan anda terus kepada jenama makanan segera McDonald’s.
McDonald’s Malaysia mempunyai lebih dari 300 restoran diseluruh Malaysia, ia menandakan mereka bekerja keras dalam memberi servis makanan terbaik untuk pelanggan. Servis yang dimaksudkan bukan sahaja pada mesra pelanggan, dekorasi restoran yang menarik, ia juga kepada etika kebersihan pada sesebuah restoran dalam penyediaan makanan.
Baru-baru ini, penulis berpeluang menjengah ke dapur McDonald’s Damansara pada sesi Hari Media McDonald’s. Pada hari tersebut penulis dapat mempelajari disiplin kebersihan yang diamalkan krew dapur McDonald’s.
Boleh dikatakan bukan mudah untuk mengikuti etika kebersihan didapur mereka. Krew dapur harus sentiasa peka dengan keadaan dapur dan penyediaan menu. Mereka mengelakkan perkara seperti pembaziran dan kelewatan dalam menyediakan menu yang telah dipesan oleh pelanggan.
Ini yang penulis pelajari sepanjang berada didalam dapur restoran McDonalds:
1. Krew dan staff McDonalds wajib mengambil suntikan typhoid untuk mengendalikan penyediaan makanan. Malah penulis turut mengambil suntikan itu semata-mata
2. Jika ada staff yang tidak sihat mereka wajib diberikan cuti sakit. Wajib cuti!
3. Barang kelengkapan memasak dan bekas makanan wajib ditukar atau dicuci setiap 4jam sekali.
4. Sebelum memegang apa-apa peralatan dapur, krew dapur wajib membasuh tangan menggunakan sabun anti-microbial selama 20 saat!
5. Krew dilarang memakai sebarang aksesori dan barangan kemas ketika bekerja.
6. Terdapat dua jenis sarung tangan berbeza bagi krew untuk bahagian penyediaan makanan dan mengendali makanan mentah.
7. Meja penyediaan wajib dibersihkan mininumnya setiap jam.
8. Terdapat 70 tuala bersih digunakan setiap hari bagi aktiviti pembersihan meja penyediaan makanan sahaja.
Sememangnya kawalan kebersihan didalam dapur amat ketat bagi memastikan makanan yang bakal dihidangkan kepada pelanggan adalah selamat dan menyelerakan. Walaupun memegang nama restoran makanan segera, McDonalds komited memberikan hidangan makanan dan menu yang menepati ciri kebersihan seperti hotel bertaraf lima bintang.