Siapa yang kata Bali cantik mesti teringin nak berkunjung ke Kepulauan Flores ni sebab kat sini ada lima buah pulau cantik yang semestinya wajib dikunjungi oleh si kaki travel!
Pulau-pulau tersebut memiliki panorama alam nan sempurna, mulai dari pantai berpasir putih, bawah laut yang penuh ikan warna-warni dan terumbu karang, hinggalah kehidupan liar seperti komodo yang dianggap sebagai naga purba oleh penduduk setempat. Menarik sangat!
Kepulauan ini terletak di Nusa Tenggara Timur, Flores memiliki sisi kecantikan ala timur Indonesia bahkan, perairan yang biru jernih, pantai berpasir putih dan teriknya matahari dapat anda nikmati di sana.
Khas buat anda, Wanista senaraikan 10 sebab kenapa anda perlu meneroka Kepulauan Flores, Indonesia sekali seumur hidup!
#1 Bertemu Dengan Komodo
Di sini, komodo ini juga dikenali sebagai naga. Jika anda tidak pernah melihat komodo secara dekat, Flores yang menempatkan Taman Negara Komodo adalah lokasi terbaik di mana anda bisa mendekati habitat binatang tersebut.
Reptilia yang berupa cicak gergasi ini mempunyai lidah bercabang bahkan air liurnya beracun.
#2 Mendaki Di Pulau Padar
Ambil masa untuk relaks dengan mandaki bukit-bukau di Pulau Padar. Sebaik tiba di puncak, anda dapat melihat panorama yang pasti membuatkan anda berasa seperti mimpi indah!
Di sini anda akan dihidangkan dengan seleksi pemandangan persis yang sering dilihat dalam majalah liburan, ambil peluang keemasan untuk merakam kenangan terindah berlatarkan tiga jenis pulau yang dikenali sebagai Pulau Hitam, Pulau Putih dan Pulau Merah Jambu.
#3 Bermain Air Di Pesisir Pantai Merah Jambu
Siapa yang berjiwa feminin dan sukakan warna merah jambu tu mesti gembira jika dapat jejakan kaki di sini.
Pantai yang memiliki naunsa merah jambu ini adalah hasil daripada terumbu karang yang telah patah seterusnya mengeluarkan warna kemerah-merahan sehingga menukar warna pantai itu menjadi unik.
Gabungan air jernih yang berwarna biru bersama pantai merah jambu sememangnya membangkitkan keterujaan pengunjung yang datang melawat.
#4 Sertai Sukan Menyelam Di Perairan Flores
Selain Pantai Merah Jambu, terdapat banyak lagi tempat menarik lain untuk aktiviti menyelam.
Jangan lepaskan peluang ke Pantai Mawun yang memiliki warna-warni menarik di dasarnya serta menikmati pemandangan air jernih yang memang sesuai sangat untuk anda mendekati habitat terumbu karang, penyu serta ikan-ikan cantik!
#5 Nikmati Ketenangan Di Air Terjun Cunca Wulang
Alami pengalaman untuk meneroka sehingga ke dalam hutan cantik Indonesia sehingga menjumpai Air Terjun Cunca Wulang untuk aktiviti bermandi-manda.
Lokasi ini terletak 30km dari Labuan Bajo dan ia pasti menjanjikan pengalaman terindah jika anda benar-benar cintakan alam semula jadi.
#6 Lihat Panorama Matahari Terbenam
Tak kisahlah di kawasan mana pun anda berada, asalkan berada di kawasan Flores Flores, anda bakal dikurnikan pengalaman manis untuk melihat momen matahari terbenam yang sungguh menawan.
Ambil mood ketenangan untuk duduk dengan selesa sambil menikmati detik-detik senja yang nyaman -melihat matahari terbenam di setiap genap Kepulauan Flores.
#7 Alami Keajaiban Di Tasik Kawah Kelimutu
Gunung Kelimutu adalah tempat kunjungan yang paling digemari pelancong apabila datang ke Flores.
bangun awal pagi untuk menghela udara segar serta melihat detik matahari terbit dari puncak Kelimutu dengan mata dna kepala anda sendiri!
Kawah-kawah yang terhasil dari letusan gunung berapi terdahulu dipenuhi cecair berwarna terang, ditemani pula sensasi awan biru yang dapat dilihat mengelilingi gunung tersebut. Gunung Kelimutu menjanjikan keajaiban yang pasti tidak akan dilupakan.
#8 Jalan-Jalan Di Perkampungan Flores
Suku kaum asli Kepulauan Flores masih lagi wujud dan tetap mengamalkan amalan tradisi nenek moyang mereka. Ada antara mereka masih lagi mengamalkan amalan kanibal tahu?
Kunjungi perkampungan Wae Rebo, Wologai atau Sikka untuk mendekati keunikan populasi di Flores.
#9 Berehat Sebentar Di Pantai Koka
Suka lihat ombak kuat menghempas pantai sambil dihembus angin deru yang sepoi-sepoi bahasa? Nah, datang ke Pantai Koka untuk berehat atau mungkin berkhelah di sini bersama teman atau yang tersayang!
#10 Bersiar Di Pekan Kecil
Tidaklah sebesar pekan di Bali, namun pekan kecil di flores seperti Labuan Bajo, Ende dan Maumere juga sangat menarik sebagai kawasan rekreasi yang membolehkan anda menghabiskan sisa-sisa masa percutian di Flores untuk bersiar sambil membeli ole-ole terbaik buat kenalan di tanah air.
Paling best! Kat sini tak ada kesesakan lalu lintas. Nak pergi mana-mana pun senang….