Penantian semua bakal terjawab, akhirnya Beauty and the Beast akan ditayang di Malaysia dalam versi penuh tanpa sebarang suntingan meskipun ada ‘babak sensitif’ yang menyentuh perihal LGBT terkandung dalam plot penceritaan filem ikonik itu.
Akan berada di pawagam terpilih seluruh Malaysia bermula 30 Mac ini, filem Beauty and the Beast yang sepatutnya ditayang pada 16 Mac lalu telah mendapat krtikan hebat dan ada juga ura-ura mengatakan filem itu bakal dibatalkan terus penayangannya di negara ini gara-gara terdapat watak gay yang dinamakan sebagai LeFou dalam sebuah babak filem tersebut.
Babak ‘Gay’ yang dimainkan watak LeFou lakonan Josh Gad
https://www.youtube.com/watch?v=9oPxuAOZpSI
Seperti yang semua tahu, aktiviti homoseksual atau hubungan sejenis adalah dilarang sama sekali di Malaysia serta di beberapa negara lain termasuklah Singapura. Ia juga ditengah mengikut hukum agama. Kesalahan itu boleh dipenjara dan didenda kerana menyentuh hak-hak sensitiviti agama.
Terkini, tayangan Beauty and the Beast telah dibantalkan terus di seluruh pawangan sekitar Kuwait, Timur Arab.