Siapa masa sekolah dulu tak suka pakai tag nama?
Boleh bilang dengan jari siapa yang suka mendedahkan nama secara umum, lagi-lagi kalau nak menepek nama sendiri di pakaian harian. Jika ada, individu seperti ini biasanya mempunyai daya keyakinan diri tinggi dan berani.
Iya, itulah karakter yang dibawa oleh Gigi Hadid, supermodel berjaya dunia dan kini memonopoli dunia modelling. Wajah, lenggok tubuhnya sehinggalah namanya tidak putus menjadi perhatian. Namun semua itu tidak cukup buat Gigi, sehinggalah…
‘Tuhan cipta Gigi’
Amboi Gigi, dia punya level confident tu.. sampai boleh tampil dengan ayat baju diatas. Mungkin pada sesetengah orang ia kelihatan keterlaluan atau ‘gila kuasa’. Bagi penulis ini salah satu cara untuk menakluk dunia secara diam melalui kuasa fesyen. Menariknya, Gigi kelihatan begitu chic dan fenomenal setiap kali tampil dengan pakaian mengukir namanya. Okay, nama pun supermodel kan!!
Ini lagi gambar baju Gigi Hadid yang bakal buat anda mula mahu perkenal nama di khayalak ramai selepas ini…
Sulaman emas ‘Gigi’ terserlah didada kanan jaket kulitnya
Daripada pakai t-shirt tulisan merepek baik letak huruf nama sendiri!
Seperti disumpah, Gigi taksub dengan huruf ‘G’ yang melambangkan dirinya
Tanda nama ‘Gigi’ lengkap gaya kustom Hallowen si sherif koboi
Malah di karpet merah juga…
#HADID hashtag wajib dalam hidup Gigi
Ringkas tapi bergaya, huruf ‘GH’ tetap jadi saksi
Bahagian belakang baju juga…
Lihat, sengaja dia kehadapan kan rambutnya
Mungkin Gigi takut orang lupa dia pun menghadiri minggu fesyen 2017
“Jangan keluar rumah tanpa ‘Gigi Hadid'”
Jaket ini terang lagi nyata hak milik persendirian Gigi Hadid
Punya kemeja polos putih seperti Gigi? Tambahkan eleman sulaman nama sendiri
Kamu ada Adidas? Saya punya sendiri Hadidas!
Tak cukup pada baju…
Beg rotan pun disulam rapi dengan nama keluarganya
Pin ‘GH’ pada beg tangan pun dah cukup buat Gigi
Terkejut tak dengan sikap selamba Gigi membawa namanya kemana-mana sahaja dia pergi? Penulis respect dengan sikap Gigi kerana ia secara tidak langsung memberitahu kita nama adalah permulaan pertama untuk individu baru mengenali kita dan mencetus aura ‘siapa dia?’
Jika anda ingin setanding seperti Gigi, nasihat penulis hasilkan satu gaya yang effortless, tidak keterlaluan dan cukup ringkas sahaja! Sebab itu gaya yang diterapkan dalam fesyen si jelita Gigi.
Terakhir dari Gigi..nama teman lelaki pun dia kebas..
“Jelena Noura Hadid adalah nama sebenar Gigi.”