AIA Group Limited, kumpulan insurans hayat pan-Asia tersenarai awam bebas yang terbesar hari ini mengumumkan majlis menandatangani perjanjian selama beberapa tahun dengan David Beckham yang akan menjadi Duta Global Syarikat.
Dalam peranan baharunya, Encik Beckham akan menyokong AIA dalam usaha Syarikat membantu penduduk wilayah Asia Pasifik untuk hidup lebih lama, lebih sihat dan lebih sejahtera.
Mark Tucker, Ketua Eksekutif Kumpulan & Presiden AIA berkata, “Kami berbesar hati mengalu-alukan kehadiran David sebagai Duta Global AIA. David merupakan seorang ikon sukan global yang berjaya, seorang ketua keluarga yang komited dan amat dihormati atas kerja-kerja amal dan kemasyarakatan yang dilakukan selama ini, terutamanya sebagai Duta Muhibah UNICEF sepanjang 12 tahun yang lalu.”
David Beckham berkata, “Keputusan menyertai keluarga AIA adalah mudah untuk saya. Saya amat mengutamakan nilai kesejahteraan dan amalan gaya hidup yang sihat dan saya turut berkongsi komitmen dengan AIA untuk menggalakkan individu menjaga kesihatan mereka.”
Sebagai Duta Global, Encik Beckham akan mewakili AIA dalam beberapa aktiviti kemasyarakatan dan perniagaan yang penting bagi menunjukkan manfaat dan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat. Ini termasuklah acara-acara dengan pelanggan, agen, rakan niaga dan pekerja Syarikat.
Ahli AIA Vitality digalakkan dan diberi insentif untuk melibatkan diri secara aktif dalam inisiatif dan aktiviti kesihatan dan kesejahteraan dengan menawarkan mereka faedah termasuk diskaun premium bagi polisi insurans serta ganjaran menarik dan berharga daripada pelbagai pembekal pihak ketiga.
Ketahui lebih lanjut tentang AIA Vitality di http://www.aia.com/en/about-aia/aia-vitality.html