Kasut tumit tinggi membawa maksud kepada sikap yakin seseorang wanita. Namun disebabkan ketidakselesaan yang dialami semasa menyarung kasut tumit tinggi, tidak ramai wanita ingin menyerlahkannya.
Jenama kasut Bata kini melancarkan satu koleksi kasut dengan teknologi baru dimana kasut tinggi lebih selesa untuk dipakai. Teknologi yang dipanggil Insolia ini menyerap berat si pemakai melalui tumit dan jari supaya si pemakai boleh memakai kasut tumit tinggi tiga kali ganda lama dari biasa.
Mengikut kajian dari Bata, hampir 90% wanita mengalami kesakitan ketika memakai kasut tumit tinggi. Dengan pembangunan teknologi Insolia, ia merupakan pad didalam kasut yang membantu mengimbangi diantara berat dan tumit. Memakai kasut tumit tinggi biasa boleh menyebabkan kaki bengkak. Walaubagaimanapun, Insolia mengubah semua itu menjadi keselesaan untuk kasut tumit yang bergaya.
Koleksi Insolia terbaru ini bakal berada di semua butik kasut Bata seluruh negara. Terdapat tiga rekaan pilihan untuk setiap kasut dengan Insolia didatangi dengan harga berpatutan RM 129.
https://www.instagram.com/p/BR7wi1qj5zG/?taken-by=wanistadotcom
Ingin tampak yakin dan menarik? Kini boleh bergaya dengan kasut tumit tinggi Bata Insolia sepanjang hari!