Beberapa koleksi gambar Jun Ji Hyun ketika berusia 23 tahun tanpa sebarang solekan menjadi viral di media sosial malah bukti bahawa beliau miliki kecantikan semula jadi yang langsung tidak berubah.
Jurugambar profesional Kim Tae Hwan memuat naik gambar pelakon yang sudah 35 tahun ketika beliau 23 tahun menunjukkan bertapa Jun Ji Hyun tidak dimamah usia malah kekal remaja sehingga kini.
Menurut jurugambar, gambar-gambar ini telah diambil sejurus selepas Jun Ji Hyun bangun dari tidur di set penggambaran tanpa secalit mekap di wajah, malah mengejutkan jurugambar ini lagi bagaimana pelakon ini masih kelihatan sempurna.
Jurugambar itu juga mendedahkan bahawa gambar-gambar ini telah diambil atas permintaan Jun Ji Hyun sendiri.
Lihat sahaja Jun Ji Hyun ketika 23 tahun dan kini 35 tahun, langsung tiada perubahan dan masih kekal awet muda.
Agaknya apa rahsia Jun Ji Hyun nampak forever young sebegini?