Semua sedia maklum, sebagai penduduk bandar, kita sentiasa terdedah kepada pencemaran yang berbahaya kepada kulit. Pengumpulan partikel pencemaran berlebihan pada permukaan kulit bukan sahaja menyumbat liang pori, tetapi juga menghilangkan seri wajah.
Pencuci muka Hada Labo AHA + BHA memberikan exfoliasi lembut pada kulit. Ia membantu menangalkan sel kulit mati dan kotoran yang menyumbat pori agar kulit lebih lembut, halus dan cerah.
Hadir dalam dua varian iaitu Hada Labo AHA + BHA Acne Control Face Wash dan Hada Labo AHA + BHA Oil Control Face Wash, pencuci muka Hada Labo serba baharu ini dirumuskan khas dengan formulasi:
Formula Anti-Pencemaran Tiga Kali Ganda – Formula unik ini membantu membersihkan dan melindungi kulit daripada pencemaran alam sekitar dengan menghindari sisa pencemaran dari melekat pada kulit. Ia juga berfungsi mengeluarkan pencemaran logam berat dan membentuk satu lapisan pelindung untuk melindungi kulit daripada sebarang kerosakan yang disebabkan oleh pencemaran.
Formula Eksfoliasi Berganda – Pembersih Hada Labo ini mengandungi AHA (Asid Glikolik) dan BHA (Asid Salisilik) untuk membantu menghaluskan permukaan kulit, menghilangkan sel kulit mati dan memulihkan seri wajah.
Hada Labo AHA + BHA Acne Control Face Wash mempunyai ramuan anti-jerawat, Ekstrak Wild Pansy untuk membantu menentang jerawat agar kulit kelihatan bersih, licin dan sihat. Sementara itu, Hada Labo AHA + BHA Oil Control Face Wash mempunyai ramuan pengawal minyak, Ekstrak Plant Alpine untuk membantu dalam mengawal dan mengimbang minyak berlebihan, mengurangkan penampilan liang pori yang besar agar kulit lebih segar dan halus.
Hada Labo AHA + BHA Acne Control dan Oil Control Face Wash adalah pH seimbang dan bebas daripada sebarang alkohol, pewarna, pewangi dan minyak mineral. Untuk mencapai hasil optimum, gunakan bersama produk Hada Labo lain. Dijual pada harga RM31.90, Hada Labo AHA+BHA Face Wash boleh didapati di semua farmasi utama seluruh negara.