Hari Ibu ialah hari memperingati insan yang paling banyak berkorban dalam meniti kehidupan seharian kita. Masih lagi tertanya-tanya untuk beri apa si ibu anda pada hari ibu ini? Apa kata kali ini lakukan sedikit kelainan dengan memberi set solekan edisi terhad Clarins kepada insan istimewa anda.
Daily Energizer Lovely Lip Balm (RM79)
Beri kesegaran dan kelembapan pada bibir si ibu yang tidak pernah puas mengucupmu. Ia juga memperbaiki bersama memberi bau istimewa dari buah pic. Serlahkan bentuk bibir ibu anda sempurna lembut dengan warna segar mawar merah.
Skin Illusion Blush (RM85)
Tambahkan sedikit warna pada pipi si ibu untuk dia kelihatan lebih muda dan berseri! Dari bahan semulajadi Pink Algae Extract dan Pink Opale Powder yang tidak menjejaskan kulit dan menambah seri pipi dengan 3 warna pilihan – Pink, Coral dan Havana.
Dua set comel edisi terhad Clarins bakal berada di pasaran bermula 15 April 2017 di outlet:
Clarins Skin Spa: One Utama, BSC, KLCC, The Curve dan The Springs
Kaunter Clarins : AEON One Utama, AEON Midvalley, AEON Tebrau JB, Isetan KLCC, Parkson KLCC, Parkson Subang Parade, Parkson Pavillion, Parkson Gurney Pulau Pinang dan Sogo
Anda juga boleh pembelian secara atas talian di clarins.com.my
Selamat Hari Ibu!