Miss A Suzy terkenal dengan kecantikan semula jadi yang dimilikinya tetapi kini dia dikritik hebat kerana gaya baharunya tidak digemari para netizen.
Gaya yang macam mana?
Bae Suzy mengejutkan ramai apabila muncul dengan gaya rambut berpotongan pendek ala Bob. Pada 30 Mac, satu video uji bakat lakonan oleh JYP Entertainment telah dimuat naik ke halaman Facebook agensi tersebut, Suzy yang tampil sebagai cameo menarik perhatian netizen dengan perubahan pada bahagian rambutnya.
Sejak itu, kecoh di media sosial apabila ramai yang tidak puas hati dengan rambut Suzy – daripada ikal mayang kepada bob.
Rupa baru Suzy telah mendapat beberapa maklum balas negatif termasuk, “I guess her hair made her pretty. Why does she look like this with short hair”, “Who cut her hair like this? There are a lot of cuter short hairstyles”, “To be honest, it’s bleh”, “This won’t become a trend”.
Disebabkan rupa barunya itu, JYP Entertainment tampil menjelaskan perubahan tersebut. Menurut agensi, Suzy memotong rambut pendek berikutan tuntutan drama terbarunya iaitu “While You Were Sleeping”.
Hurm macam biasalah, kalau dah nama pun selebriti mesti ada sahaja perkara yang tidak puas di mata netizen. Sabar ye Suzy!
Apa pun, anda rasa cantik atau tidak rambut baru Suzy? Pada penulis biasa-biasa saja.