Hidup di dunia arus permodenan kini menjadikan wanita sekarang lebih peka tentang dunia kecantikan, kesihatan dan kebersihan. Penjagaan kebersihan diri amat penting bagi seorang wanita terutamanya di kawasan intim dimana ia merupakan mahkota abadi wanita.
Walaubagaimanpun masih lagi terdapat persoalan yang bermain difikiran kita semua tentang cara yang tepat dalam ilmu penjagaan vagina.
Wanista kupaskan 6 soalan tentang penjagaan kawasan intim dan pencuci wanita bersama Dr Anissa Zamani; Pakar dari Hospital Pakar Sultanah Aminah di mana beliau akan berkongsi mengenai kepentingan mengekalkan kawasan intim anda bersih dan sihat.
1. Boleh doktor beri faktor utama masalah vagina berbau dan keputihan berlebihan?
Keputihan adalah perkara dan berbeza pada setiap peringkat kitaran haid. Akan tetapi keputihan yang berlebihan dan berbau mungkin disebabkan dari rutin penjagaan kebersihan atau terdapat sebarang jangkitan bakteria.
2. Apa perbezaan mencuci bahagian sulit sabun dengan pencuci wanita?
Saya tidak membandingkan mana-mana produk kerana berlainan orang mempunyai tindak balas yang berbeza dengan produk yang tertentu. Seperti yang dinyatakan Sumber Ayu merupakan produk halal yang menggunakan bahan semulajadi. Dimana ia mampu mengurangkan risiko jangkita dikawasan intim. Sumber Ayu juga mempunyai pelbagai pilihan untuk pelanggan memilih dengan kesesuaian mereka.
3. Apakah benar ada sesetengah khabar angin mengatakan pencuci wanita boleh meyebabkan kanser ovari dan pelbagai lagi masalah vagina?
Dari apa saya dengar dan baca, penggunaan berlebihan pencuci wanita mungkin boleh mengubah struktur pelindungan semulajadi vagina dan kekerapan mencuci dengan pencuci juga boleh mengakibatan kawasan tersebut mudah terdedah dengan jangkitan. Namun tiada lagi kajian atau penyelidikan yang mengatakan pencuci wanita penyebab kanser. Saya mencadangkan pencuci wanita digunakan sehari atau dua hari sekali untuk mengekalkan tahap pH yang seimbang.
4. Selain mencuci, boleh doktor syorkan pemakanan yang bagus untuk kesihatan vagina?
Tiada diet yang spesifik tetapi penjagaan diet yang seimbang dengan senaman fizikal akan membina imunisasi untuk mengurangkan risiko dari sebarang penyakit atau jangkitan.
5. Boleh doktor beri tips ringkas dan wajib bagi setiap wanita dalam penjagaan vagina?
Gunakan air suam untuk cucian harian. Pastikan kawasan intim sentiasa kering selepas mencuci atau sebelum memakai seluar dalam (elak dari seluar yang ketat)! Penggunaan douche bersama pencuci wanita boleh diterima tetapi jangan terlalu kerap. Jika terdapat sebarang bau yang tidak menyenangkan atau keluaran keputihan yang berlebihan anda disyorkan mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.
6. Boleh doktor terangkan kandungan bahan dalam Sumber Ayu Feminine Wash yang bagus untuk kawasan sulit wanita?
Pencuci wanita Sumber Ayu ini mengandungi bahan anti-bakteria yang kuat. Formula yang digunakan iaitu wangian semulajadi memastikan kesegaran dan kebersihan kawasan intim lebih terjamin dan berpanjangan. Bahan semulajadi didalam fomulasi Sumber Ayu dengan tahap optimum 3.5 pH mengekalkan keseimbangan asid semulajadi dan menghalang sebarang bakteria membiak dikawasan intim anda.
Kawasan intim wanita penuh dengan organisma mikroskopik yang membentuk ekosistem semula jadi yang membolehkan kawasan intim anda untuk mengekalkan tahap pH sekaligus mengelakkan sebarang jangkitan dan melindung dari sebarang benda-benda asing. Dengan penggunaan Sumber Ayu Feminine Wash wanita tidak lagi perlu risau kerana ia mampu membersih, menyegarkan dan memberi perlindungan daripada bakteria berbahaya yang boleh menyebabkan keradangan, gatal-gatal, keputihan yang luar biasa dan bau yang tidak menyenangkan.
Wanista berharap dengan 6 jawapan dari Dr Anissa Zamani sedikit sebanyak membantu anda yang masih lagi dilema untuk menggunakan pencuci wanita.