Bukan sahaja didera secara fizikal dengan ditumbuk dan dipukul, Mel B juga mengalami tekanan apabila suaminya juga menghamilkan pengasuh anak mereka dan memaksanya melakukan seks beramai-ramai sepanjang 10 tahun perkahwinan.
Bekas anggota Spice Girls, Mel B membuat dakwaan mengejut diatas suaminya, Stephen Belafonte dalam dokumen yang difailkan di mahkamah menuntut Stephen menjauhkan diri dari dia serta tiga anak mereka.
Penyanyi itu yang memfailkan perceraian dengan penerbit itu bulan lalu, mendakwa penderaan itu bermula pada tahun pertama perkahwinan mereka pada 2007.
Sumber dari Daily Mail memberitahu Mel ditumbuk, dicekik dan dihempas ke lantai ketika dia membuat persiapan rancangan televisyen Dancing With The Stars. Pada tahun 2012, bibir Mel B pernah pecah akibat ditumbuk gara-gara tuduhan Mel B bertindak curang dengan penyanyi Usher.
Stephen juga menghamilkan pengasuh anak mereka serta mencadangkan mereka bertiga tinggal bersama dengan bayi dikandung pengasuh itu. Pengasuh itu dikatakan menggugurkan kandungan dan dibayar AS$300,000 dengan menggunakan wang Mel B tanpa pengetahuannya.
Mel juga mendakwa Stephen memaksanya menyertai hubungan seks dengan lelaki itu serta wanita lain dengan mengancam menyiarkan rakaman video hubungan seks mereka jika dia enggan.
Rutin penderaan itu untuk mengingatkan Mel B bahawa suaminya lebih berkuasa jika Mel B berjaya dalam sesuatu bidang. Namun Stephen menafikan semua dakwaan itu.