Grab Malaysia dan Ambi Pur mengumumkan usahasama untuk membolehkan rakyat Malaysia menikmati perjalanan yang paling segar di Malaysia! Bermula dari bulan April, ikon GrabCar akan digantikan dengan ikon Grab Ambi Pur pada aplikasi Grab, bagi membolehkan rakyat Malaysia menikmati perjalanan yang bersih dan segar. GrabCar yang terpilih juga merupakan kereta berwarna biru yang dihias khas supaya kelihatan menyerlah di atas jalanraya.
Setiap GrabCar tersebut akan dipasangkan Ambi Pur Miniclip dengan pewangi Lavender atau Citrus. Kelebihan Ambi Pur, iaitu jenama Penjagaan Udara No.1 di Malaysia, bukan sahaja terletak pada harumannya yang lembut dan tidak keterlaluan (berdasarkan kajian yang dijalankan oleh pakar haruman P&G), tetapi juga teknologi pembasmi bau busuknya yang hebat. Ambi Pur tidak melitupi bau yang kurang enak dengan haruman yang kuat, sebaliknya ia berbeza daripada produk-produk penyegar udara yang lain kerana mampu meneutralkan dan menghilangkan bau busuk. Proses ini kemudiannya diikuti dengan pembebasan haruman yang segar dan berkekalan.
Sebagai jenama yang berasal dari Malaysia, Grab kini telah berkembang menjadi platform kereta sewa dan pelbagai perkhidmatan yang terkemuka bukan sahaja di rantau ini, tetapi juga di Malaysia, menawarkan pelbagai pilihan kenderaan untuk memenuhi keperluan penumpang pada harga yang berlainan.
Bagi Grab, selain daripada menawarkan perjalanan yang paling segar kepada penumpang, usahasama ini juga membuka peluang untuk memberi insentif kepada rakan-rakan pemandunya, yang kebanyakannya bertemu dengan beribu penumpang setiap hari.
Kerjasama antara Grab dan Ambi Pur diumumkan di ibu pejabat Grab dalam acara temubual yang dihoskan oleh Sarah Chen. Berikutan pelancaran ‘Perjalanan Yang Paling Segar’, media dan tetamu jemputan telah menikmati permainan interaktif untuk “menghidu” bau Grab Ambi Pur yang akan membawa mereka kepada perjalanan yang segar.