Setiap kali muat naik satu gambar di Instagram, pasangan ini akan dibayar sehingga $9000. Bahagiakan hidup?
Kisah pasangan Jack Morris dan Lauren Bullen di Instagram boleh diibaratkan seperti #RelationshipGoal #LifeGoal sejak bertemu di Fiji tahun lepas.
Jack, 26, merupakan seorang pembersih permaidani selama 5 tahun sebelum dia meninggalkan tempat asalnya Manchester pada tahun 2002.
Manakala Lauren, 23, adalah seorang jurugambar dari Australia (menggunakan nama pena Gypsea Lust). Kedua-dua mereka bertemu di Fiji dan kini menetap di Bali.
Walaubagaimanapun, gaya hidup mereka boleh diibaratkan seperti nomad kerana mereka akan berpindah-randah sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Bukan sahaja mereka menghabiskan hari-hari mereka merakam momen indah ketika mengembara serata dunia, malah setiap satu darinya akan dibayar sehingga $9000 setiap kali mereka muat naik gambar di laman Instagram. Berapa banyak angka!
Dengan Jack yang mempunyai pengikut 2 juta, Lauren 1.2 juta di Instagram, pasangan ini hanya membuat ‘duit’ daripada jenama dan syarikat pelancongan yang menaja mereka untuk melakukan pengembaraan di seluruh dunia bahkan keperluan di rumah mereka sendiri di Bali.
Pasangan ini mendapat inspirasi untuk setiap gambar yang diambilnya melalui Pinterest dan Instagram. Kesemua gambar-gambar mereka sendiri diambil menggunakan tripod dan alat kawalan jauh.
Jack turut berkongsi beberapa tips untuk membantu malah mengekalkan kemasyurannya di Instagram.
“Saya mengedit semua gambar saya sendiri menggunakan Lightroom di komputer riba sahaja. Bagi memastikan ianya kelihatan semula jadi, kami akan mengambil gambar sekitar 1 jam selepas matahari terbit, kerana ketika itu waktu yang tenang untuk fotografi.
“Bahkan, saya juga tidak pernah menyangka dapat berkongsi setiap memori indah bersama Lauren,” jelas Jack bercerita tentang gaya hidup mereka ini.
Bertuahnya pasangan Jack dan Lauren jalani kehidupan sebegini. Anda yang sedang membaca ada rasa cemburu tak?