Khabarnya Janet Jackson berpisah dengan suaminya yang juga jutawan, Wissam Al Mana.
Laporan portal Daily Mail, hanya selepas tiga bulan melahirkan bayi perempuan, Eissa Al Mana, pasangan ini memutuskan untuk tidak lagi tinggal sebumbung.
Menurut sumber terdekat, pasangan yang telah lima tahun berkahwin itu berpisah kerana tiada kesefahaman lagi. Wissam merupakan ahli perniagaan terkenal warga Qatar.
“Sedihnya Janet dan Wissam tidak mampu lagi mempertahankan mahligai yang dibina dan membuat keputusan untuk jalani kehidupan masing-masing.
“Meskipun terlalu sibuk, mereka berdua tetap menjalankan tugas sebagai ibu dan bapa kepada anak tunggal biarpun tidak lagi tinggal bersama,” kata sumber itu.
Sementara itu, menerusi laman portal tempatan The Sun melaporkan bahawa misteri punca penceraian mereka berdua masih lagi menjadi tanda tanya.
Baik Janet, 50, mahupun Wissam, masing-masing mengunci mulut dan tidak mengembar-gemburkan hal tersebut. Ini merupakan penceraian kali ketiga buat Janet sendiri.