Secara tiba-tiba peluncur ais ini menjadi viral di media sosial.
Lim Eun Soo, peluncur ais dari Korea Selatan yang baru berusia 14 tahun mendapat perhatian netizen kerana rupa paras dan fesyen rambutnya. Cantik sangat ke?
Sering dipuji kerana bakat semula jadi dan daya tarikan di sukan luncur air, baru-baru ini beliau menarik perhatian netizen kerana gaya rambutnya yang dikatakan persis ahli kumpulan Red Velvet, Irene.
Lihat klip di bawah.
Lihat sahaja beliau memadankan gincu dengan rambut merah jambunya itu, bukankah sangat comel? Malah, banyak persamaannya dengan Irene.
Peluncur ais muda ini baru sahaja mendapat gelaran 2017 South Korean National Champion bahkan memenangi pingat gangsa pada 2016–17 ISU Junior Grand Prix di Jerman.
Bukan calang-calang gadis 14 tahun ini, selain cantik, comel, berbakat pula tu. Hebat!