Walau jasadnya sudah tiada, tapi aura namanya masih lagi disebut-sebut sehingga sekarang.
Puteri Diana, wanita diraja tapi penuh dengan sifat kesederhanaan dan berjiwa rakyat. Seiring dengan namanya yang indah si Puteri ini tidak pernah kelihatan ‘mencuba’ dalam berfesyen. Apa yang dibawa dalam penampilannya hingga kini menjadi ikutan peminat fesyen walaupun berubah era.
Gaya fesyen Diana secara terang dapat ditiru tapi bagaimana pula dengan tips solekannya? Siapalah yang tidak mahu ilmu kecantikan dari orang atasan, bukan sesuatu yang mudah untuk mendapatkannya. Lagikan dari Puteri yang sering tampil dengan solekan yang menaikkan seri cantiknya secara semulajadi.
Wanista selongkar 8 rahsia solekan natural Puteri Diana untuk dipraktiskan bersama anda…
#1 Pastikan warna bedak asas dan concealer tepat dengan warna kulit
Selepas sapuan pelembab seluruh wajah, Puteri Diana memastikan rona bedak asas tepat dengan warna kulitnya. Beliau juga menggunakan concealer untuk menaikkan seri dibahagian mata.
#2 Guna pemerah pipi berwarna krim
Semasa hari pertunangan Puteri Diana, jurusolek Clayton Howard menggunakan pemerah pipi jenis stick dipanggil ‘Blushing Frost’. Warna krim sebegitu amat sesuai untuk semua jenis kulit dan memberi efek glowing dan ‘awet muda’.
#3 Sikat berus maskara dari pangkal bulu mata
Puteri Diana diajar memberus maskara dari pangkal bulu mata. Bermula dari sudut mata kemudian berus hingga hujung bulu mata. Teknik tersebut dapat meliputi maskara pada seluruh bulu mata dan bulu mata tampak lebih semulajadi lentik.
#4 Sentiasa bereksperimen dengan warna lipstik
Pada tahun 80-an Puteri Diana gemar memilih warna merah jambu untuk bibirnya. Puteri Diana tidak jemu mencuba warna-warna baharu. Si puteri ini juga gemar menggunakan warna coklat atau oren.
#5 Guna palet pembayang mata rona coklat/keperangan
Jika anda perasan Puteri Diana gemar menggunakan eyeliner biru dibawah garis matanya. Tapi si Puteri ini bijak dengan menyapu rona pembayang mata dari warna-warna tanah untuk melembutkan solekan matanya. Gunakan teknik dengan menyapu warna coklat sekitar garis bulu mata kemudian tambah sedikit warna merah jambu pucat dibawah kening dan tona gelap dibahagian kelopak mata.
#6 Teknik sapuan bronzer
Lakukan counturing lembut dibawah tulang pipi. Selepas menambah pemerah pipi dikawasan buah pipi untuk kelihatan lebih berseri. Ambil berus bersaiz sederhana sapukan bronzer dari dalam ke luar pipi.
#7 Seimbangkan solekan mata, pipi dan bibir
Puteri Diana jarang keluar tanpa eyeliner di garis matanya, dia juga gemar bercelak tebal. Jika anda suka memaki celak tebal seperti Puteri Diana, pastikan anda seimbangkan antara solekan atas dan bawah. Contoh, cukup dengan 2 elemen (mata dan pipi) yang tebal dan lembut dibahagian bibir atau sebaliknya.
#8 Senyum!
Elemen yang paling penting untuk kelihatan cantik adalah dengan menghiasi wajah anda dengan senyuman. Lihatlah si puteri ini, walaupun beliau pernah dengan pelbagai dugaan dalam hidupnya, namun beliau tidak pernah lelah mengukir senyum. Puteri Diana paling cantik ketika beliau gembira.