Natasha Exelby, penyampai di saluran ABC24 di Australia, dilihat sedang bermain dengan pen dan terkejut apabila menyedari dia sedang on-air (ke udara). Dia kemudiannya tetap berjaya mengekalkan sikap profesionalnya dan menyampaikan berita dengan senyuman.
Penyampai berita itu tidak sengaja ‘berangan’ semasa berita sedang disiarkan, dilaporkan telah diarahkan agar tidak muncul dalam mana-mana siaran berita dalam masa terdekat.
Tindakan saluran itu yang menggantung Exelby daripada tugasan membaca berita dianggap ramai sebagai keterlaluan kerana ia kesilapan yang tidak disengajakan.
Bagaimanapun, seorang jurucakap saluran ABC memberitahu The Daily Telegraph, Exelby sebenarnya bukan penyampai berita tetap di situ, sebaliknya seorang penyampai bebas, di mana dia akan dipanggil apabila diperlukan.
Justeru, biarpun tidak membaca berita, Exelby tetap akan menjalankan tugasan-tugasan lain seperti yang dikehendaki pengurusan saluran terbabit.
Sementara itu, Pengarah Berita ABC, Gaven Moris menafikan Exelbuy dihukum kerana insiden berkenaan.
Exelby dilaporkan baru sahaja pulang dari satu tugasan di Syria yang akan disiarkan saluran TRT World.