Jenama elektronik Samsung tak pernah mengecewakan mana-mana penggunanya. Dengan teknologi dan aplikasi yang pantas serta mesra pengguna menjadikan jenama ini pilihan nombor satu rakyat Malaysia. Rangkaian telefon pintar Samsung juga sentiasa meningkatkan mutu kecanggihan mereka agar pengguna mereka sentiasa lebih cekap berbanding pengguna yang lain.
Penulis berpeluang menggunakan telefon pintar terbaharu dari Samsung iaitu Samsung Galaxy C9 Pro. Ciri-ciri yang diperkenalkan dalam Galaxy C9 Pro sememangnya yang dicari oleh penulis.
#1 Paparan skrin lebar
Puas hati apabila menonton filem atau membaca menggunakan Galaxy C9 Pro dengan paparan skrin 6 inci. Walaupun ia besar dan lebar dengan tahap kenipisan hanya 6.9mm dan berat 189 gram ia amat ringan dan mudah disimpan didalam poket!
#2 Operasi yang pantas
Biasanya ada sesetengah telefon pintar mengambil masa yang agak lama untuk membuka aplikasinya. Lain dengan Galaxy C9 Pro dengan kuasa saiz RAM 6GB dan processor 1.95 GHz Octa membuatkan ia lebih pantas dan cekap. Jadi ungkapan ‘telefon hang’ memang tiada kalau guna Galaxy C9 Pro.
#3 Kuasa kamera hadapan dan belakang setanding!
Kedua-dua kamera milik Galaxy C9 Pro berkuasa 16mp. Tidak seperti telefon pintar yang lain, ada diantaranya hanya kamera belakang sahaja mempunyai rakaman yang terbaik. Jadi kalauanda hendak berswafoto atau mengambil gambar biasa hasil dan kualiti gambar setanding.
#4 Pengecasan bateri pantas
Galaxy C9 Pro didatangi dengan USB jenis C-port dimana menyokong pengecasan bateri yang pantas bersama bateri kapasti tinggi 4,000 mAh. Sibuk dengan membalas email, pesanan Whatsapp tanpa risau dengan pengunaan bateri. Ia boleh bertahan sehingga 10 jam dalam penggunaan normal.
Samsung Galaxy C9 Pro menepati ciri untuk anda yang masih lagi tercari-cari telefon pintar cekap untuk kegunaan harian dan pekerjaan. Pilihan tiga warna menarik iaitu hitam, emas dan merah jambu, Samsung Galaxy C9 Pro hanya berharga RM2,299.
Layari http://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-c9-pro/ untuk maklumat lanjut.