Setiap hari ada sahaja trend kecantikan yang tidak berhenti mengejutkan kita.
Setakat yang kita tahu, batas-batas untuk menonjolkan kreativiti di bahagian bulu kening tidak terhad kepada teknik coloring, bejeweling, piercing dan highlighting sahaja. Kini terdapat trend baru yang hangat diperkatakan di media sosial bahkan wanita mengambil serius akan trend yang satu ini.
MUA dari Finland, Stella Sironen secara berseloroh berkongsi imej di Instagram mengisytiharkan “feather brows” (bulu kening berkepak) adalah trend baru 2017. Lantas internet mengambil serius akan gurauan ini dan terus menjadi viral.
Trend kening ini disikat ke tepi menjadi bentuk kepak dan tengahnya diberikan ruang, ianya mungkin sesuai untuk individu yang mempunyai kening tebal berbanding nipis. Apa kata anda?
Untuk lebih jelas, ini dia trend ‘bulu kening berkepak’ yang sibuk diperkatakan.
Kini ramai wanita mencuba trend kening berkepak dan berkongsi di media sosial, ada yang suka, membenci bahkan menerima sesuatu yang baru dengan terbuka.
https://www.instagram.com/p/BSxh6yVgmTK/?taken-by=kelseemarie
https://www.instagram.com/p/BSu765XD3Nz/?taken-by=mai_chameleon
https://www.instagram.com/p/BS1VYWfAdhP/
https://www.instagram.com/p/BS3RAXPDny3/
Siapa sangka trend kening sebegini boleh buat semua wanita jadi ‘gila’, tapi itulah dia penangan dunia kecantikan.
Anda pun teringin nak bergaya dengan trend kening berkepak?