Penulis dah cuba. Memang sedap, terasa segar sentiasa bila makan.
Untuk pengetahuan anda, Nestlé Ice Cream telah melancarkan produk baharunya – La Cremeria® Classically Mint, aiskrim berperisa pudina yang direka khas untuk wanita moden yang ingin meluangkan waktu bersendirian.
La Cremeria® Classically Mint ialah aiskrim yang disediakan secara khas untuk mengingatkan wanita bahawa ‘The World Can Wait’ — nikmatilah waktu peribadi bersama aiskrim La Cremeria yang enak lagi memuaskan.
“Misi kami tertumpu pada para pengguna kami untuk membantu mereka memperoleh detik-detik kecil bagi memanjakan diri sambil mengharungi kehidupan harian mereka. Dengan pemahaman ini, kami telah memperkenalkan perisa baharu yang boleh menyampaikan mesej ini. La Cremeria® Classically Mint pasti akan mengagumi pengalaman deria pengguna.
“Peminat aiskrim pasti teruja dengan airkrim berperisa pudina ini yang lembut dan berkrim, juga ditaburkan dengan biskut ranggup dan disalut coklat yang memberikan tektur yang memuaskan,” jelas Yit Woon Lai, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestle Ice Cream.
La Cremeria® Classically Mint disediakan dalam hidangan kepingan batang 75ml dan Mini Multipacks, pada harga runcit yang disyorkan RM3.50 dan RM10.92 masing-masing. Produk ini kini boleh didapati di pasaran di seluruh Malaysia.
Untuk info lanjut, layari Facebook LA CREMERIA.