Siapa yang tidak ternganga apabila melihat gelagat jejaka kacak yang didampingi kemewahan luar biasa?
Seorang ‘datuk’ yang dikhabarkan baru sahaja berusia 21 tahun kini viral serta-merta apabila video sambutan hari jadinya itu tersebar bahkan telah ditonton hampir 400 ribu kali di Facebook.
Beliau, Datuk Muhammad Saiful Muhamad Ali dilihat muncul bersama seorang lelaki yang dipercayai bapanya dalam video tersebut, berada dalam sebuah jet peribadi sebelum menaiki kereta Rolls Royce.
Tidak lama selepas itu, mereka kemudian beredar menuju ke majlis sambutan ulang tahun yang turut diceriakan dengan pelbagai persembahan muzik dan tarian di hadapan tetamu.
Menurut laporan Malay Mail Online, Muhammad Saiful telah menerima Darjah Indera Mahkota Pahang pada 2015 berdasarkan satu foto yang dimuat naik dalam akaun Facebooknya.
Bukan itu sahaja, beliau juga ada berkongsi beberapa maklumat peribadi mengenai kerjayanya yang merupakan seorang pengarah untuk beberapa perniagaan antaranya termasuklah logam terbuang, kedai serbaneka, kedai cuci kereta dan studio rakaman.
Pasti ramai yang tertanya-tanya siapakan gerangan dan asal-usul sebenar lelaki muda ini kan?
Berdasarkan perkongsian portal berita mStar pula, mereka sebelum ini pernah membuat satu temu ramah mengenai dakwah Islam bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Datuk Seri Muhammad Ali Renggen Abdullah. Dipercayai lelaki dan wanita yang muncul dalam video temu ramah ini adalah ibu bapa kepada Datuk Muhammad Saiful Muhamad Ali.
Tonton Video Temu Ramah Bersama Datuk Datuk Muhammad Saiful Muhamad Ali dan Isteri