Friday, April 16, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Tips Tips - Kecantikan

Ketahui Warna Lipstik Nude Untuk Semua Jenis Tona Kulit

by Izzah Azizah
April 20, 2017
6
SHARES
62
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

“Every day new skin tones are born,” – Balanda Atis

Revolusi warna nude semakin menular bukan sahaja pada warna pakaian malah solekan. Nude sinonim dengan dengan tona tanah yang sedikit cerah atau gelap berbanding biasa. 

Secara peribadi, warna nude antara warna pilihan penulis kerana ia bersifat universal. Lebih menarik, nude warna yang paling dekat pada diri seorang manusia, ia seperti mewakili semua orang diseluruh dunia. Dari palet merah jambu pucat kepada warna beige seterusnya coklat gelap ia ada semua! 

Guna Bahan Semula Jadi, Anda Boleh Ikut Cara Isteri-Isteri Rasulullah S.A.W

November 5, 2020

Kesalahan Mengering Wajah Selepas Mencuci Mungkin Punca Kulit Bermasalah

November 1, 2020
Lupita Nyong’o. Foto – Livingly

Walaupun warna nude sangat luas tapi wajar untuk anda memilih warna yang paling sesuai dengan tona kulit anda. Wanista kongsikan tips untuk mencari warna nude mengikut kesesuaian warna kulit… 

#1 Si Kulit Putih Pucat

Foto – arkib Wanista.com

Anda yang memiliki kulit putih melepak bak Taylor Swift, Wanista cadangkan pilih lipstik nude pada rona lembut seperti merah jambu. Contoh lipstik, MAC Creme D’Nude. 

IKLAN

#2 Si Kulit Cerah (Warm)

Foto – arkib Wanista.com

Nak kata putih tak, nak kata gelap pun tak. Itu tandanya anda memiliki tona kulit yang cerah / warm skin tone. Pilih lipstik nude bernoda pic atau jingga untuk menaikkan lagi seri kulit anda. Wanista cadangkan NARS Belle De Jour Lipstick. 

#3 Si Sawo Matang 

Foto – arkib Wanista.com

Kebanyakan wanita Malaysia memiliki warna kulit sawo matang, jadi anda perlu bijak bermain warna supaya bibir anda tidak tenggelam. Pilih lipstik nude berona coklat terang / light beige supaya ia dapat mengimbangi warna kulit muka dan bibir anda. Pilihan Wanista, Le Rouge 101 Beige Mousseline Givenchy. 

BACA: TIPS MEMILIH WARNA LIPSTIK YANG IDEAL DENGAN TONA KULIT

#4 Si Coklat Perang (Olive Skin)

Foto – arkib Wanista.com

Kulit anda bersinar coklat perang bak Kim Kardashian? Warna selamat untuk bibir mude ialah coklat kelabu atau dipanggil taupe.  Maybelline Color Sensational 775 pilihan sempurna dengan efek glossy.

#5 Si Hitam Manis

Foto – arkib Wanista.com

Si kulit hitam manis! Hati-hati jika memilih tona warna untuk lipstik nude, pastikan anda tidak memilih warna terlalu terang atau gelap. Rona terbaik untuk anda warna coklat keorenan atau purple supaya ia tampak lebih ceria dan tidak tenggelam. Wanista pilih Tarte Tarteist Lip Paint Choker. 

SUMBER

Tags: cara solekan nudekecantikanlipstik nudenudetips kecantikantips pilih warna lipstiktips solekan ala nudewarna lipstik
Share2Tweet2Send

ARTIKELTERKINI

Makan Sebiji Epal Setiap Hari Boleh Beri Kulit Glowing?

Juadah Rare Yang Hanya Ada Masa Bulan Puasa Saja, Semua Sedap!

Tak Payah Oven, Guna 6 Bahan Dah Boleh Jadi Pizza Paling Sedap!

Cantik Kaftan Dress Di Kedai Ini, Sesuai Pakai Masa Puasa Dan Raya

Susah Betul Nak Tidur, Cuba 5 Resepi Susu Panas Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.