Adik lelaki kepada pelakon Song Ji Hyo, Chun Sung Moon menarik perhatian netizen kerana visualnya.
Malah, ketika adik Ji Hyo membuat penampilan istimewa dalam program Running Man, netizen mengakui ketampanannya bahkan merasa mukanya seiras Ji Hyo.
Kini, dia mengikuti jejak langkah kakaknya untuk bergelar pelakon, bahkan berada dalam tempoh percubaan sebagai pelakon pelatih dan bernaung di bawah syarikat yang sama dengan Ji Hyo iaitu MY Company.
https://www.instagram.com/p/BRhSI4Uj7c8/
Disebabkan perkara itu juga peminat mula meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat adik-beradik ini berlakon bersama selain memohon supaya pihak produksi Running Man membawa Chun Sung Moon sebagai tetamu jemputan.
Jom lihat beberapa koleksi gambar Chun Sung Moon. Kacakkan dia?
Mesti ramai tak sabar nak tengok Oppa berlakon..