Jika anda berada di sekitar Mont Kiara, apa kata ringankan tulang untuk jejakan kaki ke kafe baharu Luscious By Lisa T yang menghidangkan aneka kek cawan bertaraf pastri chef ini.
Diinspirasi dari citarasa rakyat Malaysia, setiap satu kek cawan yang ditawarkannya dihiasi sarat dengan elemen ceria penuh penceritaan. Apatah lagi rasanya yang sedap tak terkata!
Penulis akui, penulis bukanlah seorang individu yang mengemari manisan seperti kek dan pastri namun ternyata kek cawan di sini umpama sebati dengan deria rasa penulis. Tekstur keknya lembut dan berasa manakala kemanisan adunannya pula tidak keterlaluan -menambah seri kenikmatan yang kena untuk orang yang tidak berapa gemar rasa manis gula. Memang tak cukup jika makan satu sahaja!
Bayangkan sahajalah, kesedapan kek cawan ciptaan Luscious by Lisa T ini mampu buatkan orang yang berdiet terus lupa untuk mengawal kuantiti kalori yang diambil. Mungkin inilah masa paling tepat untuk anda terjebak dengan cheat-day!
Selain kehalusan rasa kek cawan, Luscious By Lisa T juga mengambil pendekatan versatile untuk menjadikan kafe ini sebagai ruang penganjuran majlis termasuklah majlis sambutan hari jadi, majlis keraian, pertunjukan fesyen dan sebagainya.
Hiasan dalaman kedai cukup bergaya, dilengkapi ciri-ciri moden stailo yang boleh dilihat dari hamparan lantai berlampu ala disko serta gatungan lampu siling yang ditempah khas berupa rumah lampu bentuk ais krim serta kek cawan artistik.
https://www.instagram.com/p/BTDRyudDaXJ/?taken-by=wanistadotcom&hl=en
Istimewa buat pengujung yang ingin menghabiskan masa melepak di Luscious By Lisa T, selain kek cawan, kafe ini turut menyediakan pastri menarik lain seperti pai savouri, kek mini, minuman berperisa, gelato dan pelbagai kopi pilihan.
https://www.instagram.com/p/BTDYCreDrT8/?taken-by=wanistadotcom&hl=en
Semua hidangan di sini adalah halal, untuk keterangan lanjut, sila klik [www.facebook.com/lusciousbylisat]
Alamat: Luscious By Lisa T | Lot G-20, 1 Mont Kiara Shopping Mall
50480 Kuala Lumpur
No. Telefon: 017 685 7735