Sebelum ini Wanista pernah kongsikan teknik untuk mendapatkan hasil bedak asas atau foundation yang tidak pecah dan kekal glowing. Dalam artikel tersebut, teknik aplikasi dari berus atau span menjadi faktor utama untuk menghasilkan tekstur bedak asas yang betul-betul melekap cantik di kulit wajah anda. Di pasaran sekarang terdapat pelbagai alat selain berus untuk mengaplikasikan bedak asas.
Ada diantara produk diperkenalkan untuk memberi hasil yang lebih memuaskan dan mengikut jenis bedak asas yang diformulasikan khas untuk jenis-jenis kulit.
Beautyblender
Beautyblender ialah sebuah aplikator solekan jenis span yang telah menjadi pilihan jurusolek artis untuk mengaplikasi bedak asas. Ia memberi hasil yang lebih profesional dan dapat memudarkan cela diwajah dengan teknik yang mudah!
Kenapa Beautyblender?
- Mudah digunakan dan dibersihkan
- Struktur yang tirus dihujung memudahkan untuk aplikasi dibahagian muka seperti lekuk hidung, bawah mata dan bibir.
- Memberi hasil yang lebih flawless dengan tiga langkah mudah: basahkan, picit dan dap kan pada muka.
- Boleh digunakan pada semua jenis bedak asas, jenis cecair, krim BB, krim CC dan banyak lagi.
Terdapat banyak lagi jenis bentuk span Beautyblender untuk aplikasi seperti concealer, pemerah pipi, countoring dan kawalan solekan. Dapatkannya di butik Sephora atau https://www.sephora.my/brands/beauty-blender
Silicone blender
Silicone blender menjadi perbualan hangat antara makeup geek kerana ia biasanya digunakan untuk pembedahan plastik! Dari artikel Wanista sebelum ini, jenama solekan Hong Kong Molly Cosmetics mencipta aplikator ini dipanggil Silisponge memberi hasil bedak asas yang lebih sekata dan tidak menyerap lebihan bedak asas seperti aplikator yang lain.
Kenapa Silicone Blender?
- Harga lebih murah berbanding alatan solekan yang lain.
- Lebih mudah dicuci, senang dikeringkan dan boleh diguna semula dengan kerap.
- Sesuai untuk mereka yang memiliki masalah kulit sensitif.
- Hasil bedak asas tampak lebih semulajadi.
Kini terdapat pelbagai jenis bentuk dan warna pilihan untuk silicone blender, anda boleh membeli secara talian di http://www.11street.my/totalsearch/silicone-blender
Color Me Automatic Foundation Applicator (Pro Edition)
Color Me tidak asing lagi dalam menyediakan aplikator bedak asas yang mengutamakan kebersihan. Getaran automatik dari aplikator ini menghasilkan hasil yang flawless dengan 15,000 tap dalam satu minit. Anda tidak perlu menyentuh sebarang produk bedak asas, ia hanya perlu diisi diatas span aplikator Color Me.
Kenapa Color Me?
- Span aplikator Color Me lebih bersih dari berus atau span biasa dimana menyerap banyak bakteria.
- Litupan bedak asas pada wajah lebih tahan lama sehingga 8 jam berbanding aplikasi secara manual.
- Aplikasi solekan lebih cepat dan mudah.
- Mengurangkan tanda cela, pori-pori dan garis halus di wajah.
Aplikator Color Me bagi set Pro Edition boleh digunakan pada bedak asas jenis cecair dan bedak. Belajar tutorial menggunakan Color Me Automatic Foundation Applicator (klik). Dapatkan produk Color Me di butik Sephora atau secara talian di https://www.sephora.my/brands/color-me
Selamat tinggal berus!