Hampir semua peminat K-Drama yang mengenali jejaka kacak dan berbakat Lee Min Ho terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepadanya bermula 12 Mei ini. Beliau bakal memulakan latihan ketenteraan pada usia 30 tahun.
Disebalik itu, Lee Min Ho mendedahkan perasaan sedih beliau tentang umurnya yang sudah melepasi angka 20-an.
“Saya fikir ia akan lebih menarik, berbeza. Tapi saya berasa sedih. Saya rasa melepasi umur 20 tahun lebih sedih berbanding dipanggil dalam latihan ketenteraan. Saya berasa sedih kerana telah berusia 30 tahun dan semakin tua.”
Namun bagi Lee Min Ho juga beliau bersyukur kerana dipanggil lewat untuk latihan ketenteraan.
“Saya fikir jika saya menyertai tentera lebih awal, saya mungkin tidak muncul dalam drama ‘Boys Over Flowers’ dan menjalani kehidupan 20-an yang gembira. Saya gembira menerima banyak sokongan dari luar negara dan terlibat sama dalam memperkenalkan dunia Hallyu.”
Beliau juga mengharapkan dapat menjalani kehidupan biasa semasa menjalani latihan ketenteraan dimana bagi Lee Min Ho…
“Untuk menjalani kehidupan biasa adalah cabaran besar pada saya.”
Diakhir temu bual tersebut, Lee Min Ho sempat memberi mesej dan berterima kasih kepada peminat setia beliau dengan ucapan.
“Saya telah menerima banyak sokongan dan luahan sedih dari peminat. Saya berharap saya dapat menyembuhkan hati kamu semua selepas pulang dengan keadaan yang sihat.”
Anyong Oppa!