Jenama pakaian KREE kembali menjengah dalam portal fesyen pakaian ZALORA dengan koleksi KREE for Zalora 2017. Koleksi terbaharu ini menyerlahkan falsafah mereka dalam fesyen; easy, sassy and free. Mereka lebih banyak bermain dengan fabrik dan koleksi ini mempunyai pelbagai pilihan fabrik dimana berbeza berat, tekstur dan rasa. Disamping itu, koleksi ini juga direka untuk dipakai secara praktikal dan menambah keselesaan.
Musim perayaan seperti Aidilfitri biasanya disambut pada cuaca yang panas, lebih-lebih lagi di Malaysia. Menurut Pengarah Kreatif KREE, Rene Sulaiman, koleksi ini sesuai untuk mereka yang ingin bergerak bebas, tidak panas dan sesuai dipakai dari hari ke hari. Mereka juga mereka khas potongan rekaan bagi mereka yang gemar mencuci pinggan mangkuk semasa hari Lebaran.
KREE juga menggunakan perincian dari renda, applique dan kombinasi manik halus dalam rekaannya untuk kekal minimal dan elegan. Rangkaian warna dari koleksi ini juga memilih trend warna pastel sehingga hijau zamrud klasik.
Himpunan pakaian KREE boleh dikatakan wajib ada didalam setiap almari seorang wanita kerana ia koleksi yang menyimpan versatiliti dan keaslian.
KREE for ZALORA 2017 boleh dibeli secara talian melalui www.zalora.com.my.