Indahnya sesebuah resepsi perkahwinan itu apabila pengantin kelihatan rapi menggayakan persalinan paling cantik, sambil wajahnya pula diceriakan dengan tata rias persis tuan puteri oleh jurusolek profesional, namun acap kali ada raja sehari yang lupa untuk melengkapkan keterampilan diri dengan semburan wangian.
Meskipun fizikal yang menjadi perhatian umum, pengantin juga sepatutnya lebih prihatin untuk menjaga adab serta kebersihan diri. Ini adalah termasuk penjagaan oral (mulut dan gigi), kebersihan kuku, serta yang paling penting, bau badan.
Tentu sahaja anda tidak mahu tetamu yang hadir dan mendekati anda terbau aroma yang kurang senang dari tubuh anda bukan? Malunya jika ini berlaku! Maklumlah… Malaysia ni kan panas, mesti berpeluh-peluh walau berada dalam tempat berpenghawa dingin.
Sentiasa ingat, pengantin adalah ibarat puteri yang menjadi titik pandangan utama di majlis perkahwinan, maka haruslah si tuan puteri berlagak sempurna dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Untuk itu, Wanista tampil mencadangkan 15 wangian semerbak untuk dimanfaatkan pengantin pada hari bahagianya.
#1 Fresh Cannabis Santal
#2 Daisy Dream Marc Jacobs
#3 Chloe Love Story
#4 Mariah Carey Forever
#5 Annick Goutal Rose Absolue
#6 Burberry Brit Rhythm For Her
#7 Versace Bright Crystal
#8 Dolce & Gabbana Light Blue
#9 Be Delicious By DKNY
#10 Tommy Hilfiger For Women Pear Blossom
#11 Gucci Flora Gorgeous Gardenia
#12 Oscar de la Renta Something Blue
#13 Flowerbomb Viktor & Rolf
#14 Issey Miyake L’eau D’issey
#15 Repetto Paris
Jika ada yang menghantar hantaran ketika bertunang, bolehlah beli salah satu daripada wangian di atas untuk dijadikan hantaran. Kemudian, bolehlah anda guna semasa hari pernikahan dan majlis resepsi nanti.
Bila tetamu bergambar atau peluk untuk ucapkan doa tahniah, mereka pasti dapat menghidu bau harum yang datang dari anda!
Hmm… Anda selalu shopping perfume di mana? Penulis biasa beli di Sogo je 😛
Semoga bermanfaat perkongsian kali ini ❤️