Jenama rangkaian penjagaan wajah terkemuka dari Sweden yang memanfaatkan ramuan alam semula jadi berasaskan bahan organik bebas toksik dan racun, Estelle&Thild Stockholm baru-baru ini memperkenalkan beberapa produk baharu yang lembut untuk melengkapi rejim penjagaan kulit sensitif.
Seperti yang kita semua jelas, kulit sensitif tidak boleh dipulihkan dengan sembarangan produk kerana takut ianya akan lebih menjejaskan kondisi kulit.
Oleh itu, Estelle&Thild mengambil langkah proaktif dalam menginovasi satu kombo terkini yang dapat memelihara dan memulih kondisi kulit bermasalah seperti iritasi, radang, gatal-gatal, kering dan kemerahan mungkin berpunca dari masalah kulit ekstrem seperti ekzema, alergik, pemilihan pencuci muka yang tidak betul serta beberapa faktor lain yang dipengaruhi oleh tabiat penjagaan kulit, amalan pemakananm, tekanan serta pencemaran sekeliling.
Ayuh selesaikan masalah kulit sensiitif dengan rangkaian terkini BioCalm dengan formulasi khas untuk meredakan tahap sensitiviti kulit seterusnya memulih dan mengubah kulit kusam dan tidak sihat kembali berseri. Ia memang dicipta untuk mengembalikan kestabilan semula jadi kulit serta menyekatakan tona kulit sambil membuatkan kompleksi kulit bertambah cantik.
Produk ini bebas bau dan telah menjalani ujian alergik. Bukan itu sahaja, ia juga tidak mengandungi kimia sintetik yang bisa menyebabkan iritasi seperti sesetengah produk kecantikan lain. Apa yang penting, tekturnya mudah menyerap malah lembut untuk kulit.
BioCalm diperkaya dengan ekstrak oat untuk mempercepat proses pemulihan kulit sambil menyeimbangkan kembali PH kulit. Sangat lembab malah diperkaya dengan perbagai vitamin dan asid lemak untuk kesejahteraan kulit.
Percaya atau tidak, rangkaian kulit sensitif BioCalm dari Estelle&Thild ini berupaya melegakan semua kerengsaan kulit, bisa mengurangkan kemerahan sehingga 50%.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [estellethild.com]. Semua produk Estelle&Thild boleh dibeli di cawangan Sephora seluruh Malaysia atau secara atas talian di sini [www.sephora.my/brands/estelle-and-thild].