Sejak daripada berita berkahwin secara diam yang mengejutkan, bekas ahli program Running Man, Kang Gary berubah sikap secara mendadak.
Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh ahli Running Man semasa mereka berada di Malaysia sempena konsert bersama peminat.
Song Ji Hyo antara yang paling rapat dengan Gary berkata jujur
“Semua ahli mendapat tahu Gary telah berkahwin melalui berita. Ianya ada sedikit kekecewaan dari kami. Saya ikhlas mengucapkan tahniah kepada dia diatas perkahwinan ini dan mendoakan dia hidup bahagia.”
“Kamu juga menukar nombor telefon, jadi sila lah telefon saya.” kata Ji Hyo dalam keadaan berjenaka.
Bagi Haha pula, “Saya telah menghantar mesej ucapan tahniah, tapi tidak berbalas. Gary seorang yang unik. Dia akan menghubungi kami semula. Kami faham. Kami sayang akan Gary.”
Tidak cukup dengan berita yang Gary menghilang secara tiba-tiba, malah konsert solo yang bakal diadakan Malaysia juga dikatakan batal tanpa sebarang alasan.
Dari sumber Korea Portal, agensi Ace Music memohon maaf kepada peminat Kang Gary yang telah lama menunggu kedatangan rapper tersebut ada 21 Mei ini. Mereka juga memberi sebab pembatalan konsert ini kerana isu pembubaran kumpulan Leessang iaitu duo Gil dan Gary.
Namun dari sumber lain isu pembubaran kumpulan hanya khabar lain dan mereka berdua masih lagi bekerjasama untuk projek akan datang.
Walauapapun terjadi berharap Gary kembali pulih dan aktif kerana pasti ramai peminat yang merindukan kehadirannya.