BIRKENSTOCK meraikan pembukaan kedainya yang terbaru di Suria KLCC.
Terletak di tingkat tiga, kedai baru ini menawarkan pilihan-pilihan kasut yang premium dan berkualiti tinggi serta mempunyai lebih daripada 150 model dan reka bentuk, termasuk koleksi Musim Bunga BIRKENSTOCK 2017 yang terbaru.
Reka bentuk kedai BIRKENSTOCK yang baru adalah berdasarkan konsep kedai global yang diperkenalkan pada tahun 2015. Di dalam kedai, bahan-bahan semulajadi daripada sumber yang mampan serta berkualiti tinggi seperti kulit, gabus semula jadi, dan bulu kapas – yang mencerminkan kasut dan selipar jenama ini, telah dipilih secara teliti untuk memberi penampilan yang terbaik pada jenama ini. Gabus dan kulit menghiasi dinding-dinding untuk memberi peringatan pada asal-usul syarikat yang tradisional ini – dalam erti kata lain, tapak kasut dalam yang telah dicipta oleh sebuah dinasti pembuatan kasut jenama Jerman dengan warisan semenjak tahun 1774.
Kedai BIRKENSTOCK Suria KLCC terletak di Lot 309, Tingkat 3. Waktu operasi adalah daripada pukul 10.00 pagi sehingga 10.00 malam setiap hari.