• Latest
Sumber: Pinterest

Keajaiban Nanas Untuk Kesihatan Rambut, Kulit & Badan

May 2, 2017
Foto - Twitter

Maut Ketika Sertai Demokrasi, Gadis Ini Digelar Sebagai “Puteri Demokrasi Myanmar”

March 9, 2021
Foto - US Dermatology

Baru Tahu Sabun Sulphur Sebenarnya Boleh Hilangkan Jerawat Badan

March 9, 2021
Foto - Goop

Dua Rahsia Besar Anti-Penuaan Setiap Wanita Kena Tahu!

March 9, 2021
Foto - @richaeu (Instagram)

Gaya OOTD Gadis Indonesia Ini Dah Level Supermodel!

March 9, 2021
Foto - Vanity Fair/People

Putar Belit Institusi Diraja, Meghan Markle Buka Cerita Sebenar Jelas Kontroversi

March 9, 2021
Foto - Mission Foods

Alasan Ibu Bapa Kena Beli Mission Foods Mini Wrap Yang Baharu

March 9, 2021
Foto - Massage Magazine

Kalau Badan Rasa Sakit, Picit Bahagian Ini Di Tapak Kaki

March 8, 2021
Foto - Stock Snap/Wallpaper Cave

Selalu ‘Overthinking’ Buat Mental Tak Stabil, Kawal Dengan Cara Ini

March 8, 2021
Foto - Detik News

Inshaallah Hidup Makin Murah Rezeki Bila Lakukan 15 Tips Ini

March 8, 2021
Foto - www.delish.com

Minum Teh Kombucha Setiap Hari, Ini Berlaku Pada Badan Kamu

March 9, 2021
Foto - Pinterest

Selain Mengelupas Dan Kelemumur, Rawat 5 Masalah Kulit Kepala Dengan Produk Ini

March 8, 2021
Foto - Chicago Sun-Times

Jangan Buang Uncang Teh Lepas Guna, Ini Yang Boleh Kamu Lakukan

March 8, 2021
Tuesday, March 9, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Keajaiban Nanas Untuk Kesihatan Rambut, Kulit & Badan

by Afiqah Syamin
May 2, 2017
Sumber: Pinterest

Sumber: Pinterest

7
SHARES
70
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Bila bercakap tentang nanas, pasti ramai yang akan mengaitkannya dengan keguguran bayi kerana rasanya yang ‘tajam’ sehingga boleh menggugat kekuatan kandungan atau janin. Namun, apa yang kamu tidak tahu, sebenarnya banyak faedah dan khasiat tersembuyi yang dimiliki oleh buah berjus berwarna kuning ini tahu?

Nanas kaya dengan vitamin A, C, serat, potasium, fosforus dan kalsium!

Sumber: Pinterest

Untuk mengetahui lebih lanjut apakah keajaiban yang dapat disalurkan oleh nanas demi kesihatan rambut, kulit dan tubuh manusia, ayuh Wanista kongsikan bersama.

#1 Melegakan Loya

Padanlah ibu mengandung sering mengidam hendak makan nanas! Untuk pengetahuan semua nanas berupaya melegakan rasa loya dan muntah-muntah. Ibu mengandung yang berada pada tahap awal kehamilan disarankan minum segelas jus segar nanas untuk hilangkan rasa loya yang kadang-kala mengganggu keselesaan tubuh.

#2 Rawat Masalah Cacing Dalam Perut

Nanas mengandungi enzim penghadaman yang baik, ia dapat mencuci perut serta membunuh segala parasit yang hidup di dalam tubuh manusia seperti cacing kerawit yang membiak dalam usus manusia.

#3 Penawar Darah Tinggi

Terbaik! Kandungan potasium yang tinggi serta kandungan rendah sodium di dalam nanas dapat mengekalkan kadar tekanan darah pada keadaan stabil. Bagi penghidap darah tinggi, sila jadikan nanas sebagai hidangan sampingan harian.

#4 Bina Ketahanan Badan

Vitamin C dan antioksidan yang hadir dalam nanas dapat menguatkan daya imunisasi tubuh manusia. Untuk dapatkan kecergasan serta kesihatan berganda, sila amalkan memakan nanas! Tiada lagi deman dan selesema 🙂

#5 Lindung Kesihatan Jantung

Jika mahu jantung berdenyut lancar, kamu perlu tahu bahawa antioksidan yang terkandung dalam nanas bisa merendahkan kadar kolesterol seterusnya memelihara kesihatan jantung.

#6 Sumber Untuk Elak Kanser

Kanser boleh membawa maut malah tiada penawar tegar yang dapat menyembuhkan penyakit ini sepenuhnya. Oleh itu, jadikan nanas sebagai makanan harian kerana kandungan antioksidannya yang tinggi berfungsi untuk membasmi radikal bebas. Ia juga bantu mengukuhkan sel tubuh akan dapat melindung tubuh dari terkena pelbagai serangan kanser.

#7 Pulihkan Resdung, Gout, Sakit Tekak & Bengkak

Kata pakar, nanas sangat efektif untuk menjadi penawar sakit tekak, gout, bengkak-bengkak pada tubuh serta menghindar diri dari terkena resdung!

#8 Menguatkan Tulang

Percaya atau tidak, nanas berkesan untuk individu yang dijangkiti artritis atau penyakit radang sendi. Ia bantu menguatkan tulang kerana mengandungi seleksi mineral baik serta manganese untuk memulih penyambung tidu tulang rapuh.

#9 Baiki Penglihatan

Macular Degeneration adalah situasi di mana, mereka yang sudah berumur akan kehilangan kejelasan penglihatan dari masa ke masa, Oleh itu, amal makan buah nanas untuk meningkatkan penglihatan yang semakin kabur dan lemah itu.

#10 Tingkat Kesihatan Gusi

IKLAN

Benar, dengan hanya memakan buah nanas, gusi kamu akan jadi cantik seterusnya menjadikan gigi kuat malah lebih sihat. Boleh senyum lebar-lebar!

#11 Jauhkan Diri Dari Selesema

Tak siapa pun suka selesema kerana ia menyusahkan malah mengganggu pekerjaan harian. Jika tak gemar makan ubat yang buat anda jadi ngantuk, makan atau minum jus nanas kerana ia kaya dengan vitamin C dan bromelain iaitu sumber yang dapat membanteras virus selesema. 

#12 Lebatkan Rambut

Vitamin C dalam nanas dapat pelihara rambut dari gugur dan segala macam enzim baik yang terkandung dalam isi buah berwarna kuning sebenarnya berhasil untuk memperkuat folikal (akar umbi) rambut seterusnya melebatkan rambut itu sendiri.

#13 Pulih Masalah Gatal Kulit Kepala

Tertekannya bila kulit kepala gatal dan bersisik kerana kelemumur! Amal makan nanas setiap hari untuk legakan kegatalan kulit kepala serta mengelak dari keguguran rambut! Enzim antioksidan memang baik untuk menghentikan radang.

#14 Ubat Bibir Kering

Gosok je potongan buah nanas di permukaan bibir yang kering, Mungkin sedikit pedih namun ia dapat memulihkan kekeringan bibir. Nanas adalah sumber lembapan semula jadi!

#15 Lembutkan & Kuatkan Kuku

Kekurangan vitamin A dan B dalam tubuh boleh buat kuku rapuh dan kering. Oleh itu campurkan 1 biji kuning telur dengan 1 sudu makan jus nanas, 1 camca teh jus lemon dan dua titis minyak lemon sebelum menyapu pes tersebut pada kuku dan celah-celahnya. Biar kering selama 15 minit sebelum mencuci.

#16 Cerahkan Kulit

Geram dan tertekannya bila kulit kepala sering terasa gatal dan bersisik kerana kelemumur. Sangat tak selesa! 

Amalkan makan nanas untuk melegakan gatal dari radang kulit kepala kerana ia mengandungi enzim antioksidan terbaik sebagai ejen penyembuh utama.

#17 Buat Kulit Wajah Nampak Muda

Kalau makan nanas tiga kali seminggu, kata pakar kamu bakal mendapat kulit muda remaja kerana buah ini akan menggalakkan penghasilan kolagen dalam kulit. Lebih banyak kolagen terhasil, lebih tegang dan mulus kulit wajah kamu!

Jika tidak suka makan nanas, boleh perah jusnya untuk proses cucian wajah. Sapu jus nanas di seluruh wajah dan biarkannya selama 10 minit sebelum membilas.

#18 Selesaikan Dilema Kulit Berjerawat

Tau tak jus dari buah nanas ni boleh hilangkan jerawat degil? Dengan adanya vitamin C, ia baik untuk kulit dan mengurangkan radang kemerahan, gatal-gatal dan bengkak disebabkan jerawat. Mungkin kamu boleh cuba buat mask menggunakan nanas!

Sekarang kamu sudah tahu kebaikannya kan… Apa tunggu lagi?

Sumber: spoonuniversity.com

Selamat beramal!

Tags: Buah Tropikalbuah-buahaninfo menarikKeajaiban Nanas Untuk Kesihatan TubuhKebaikan NanaskecantikankesihatanKulit & Rambutmakanannanas
Share3Tweet2Send

TRENDINGMINGGU INI

Jangan Keliru, Ini 10 Maksud Status “Tracking” PosLaju

Keajaiban Nanas Untuk Kesihatan Rambut, Kulit & Badan

Netizen Kongsi Air Starbucks Sedap, Berbaloi Beli Walaupun Mahal

Jawab Soalan Temuduga Dengan 15 Jawapan Ini Supaya Majikan Terpikat

Resepi Koktail Susu Paling Sedap!

Elak Lakukan 10 Perkara Ini Bila Bermesej Dengan Lelaki

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.