Uniqlo mendedahkan keluaran terbaru kerjasama eksklusif dengan pereka fesyen kelahiran United Kingdom, Hana Tajuma ‘HANA TAJIMA FOR UNIQLO’.
Seperti biasa, Hana Tajima menekankan elemen keselesaan dan sopan yang bukan sahaja sesuai untuk wanita muslimah malah yang moden juga.
Diilhamkan oleh sculptural drapes dan folds, gaya kontemporari ini membawa kegembiraan dan keanggunan si pemakai. Kali ini koleksi memperkenalkan bahan bertekstur baru dan asli seperti tweed, serta rekaan kot panjang dengan tali pinggang yang memberi warna baru dalam pemakaian seharian. Palet warna pula lebih kepada gaya satu nada, pilihan yang boleh dinikmati dalam setiap musim.
Koleksi yang terdiri daripada 23 item ini boleh didapati di seluruh negara mulai 2 Jun 2017.