• Latest
Sumber: Fortune

Sexy & Curvy! Lihat Perempuan Cantik Mana Yang Pernah Jadi ‘Buah Hati’ Trump

May 5, 2017
Foto - Amazon

Macam Pelik, Tapi Kenapa Ada Orang Alahan Tomato

March 5, 2021
Foto - Mira Zainal (Facebook)

Wanita Kongsi 11 Tips Elak Terkoyak Ketika Bersalin

March 5, 2021
Foto - FB Koreathai

Syurga Shopping Myeondong Kini Jadi Bandar ‘Berhantu’ Sejak Covid-19

March 5, 2021
Foto - iStock

Paling Best Kalau Tengah ‘Sendu’ Dengar 13 Lagu Ini

March 5, 2021
Foto - Pinterest

Stail Rambut Sesuai Untuk Muka Bulat, Ikut Cara Selena Gomez

March 5, 2021
Foto - Đỗ Quyền (TikTok/ Facebook)

Lelaki Vietnam Habiskan RM70K Tukar Rupa Gara-Gara Bakal Majikan ‘Hina’

March 5, 2021
Foto - Pinterest

Meja Kopi Kamu Lagi Cantik Kalau Deko Macam Ini

March 4, 2021
Foto - Pinterest

Nampak Natural Dengan Guna 5 Cream Blush Yang Best Ini

March 4, 2021
Foto - Marriage Radio

5 Tanda Sebenarnya Kamu Seorang ‘Kaki Kontrol ‘

March 4, 2021
Foto - The Mirror

6 Buah Baik Untuk Melancarkan Buang Air Besar

March 4, 2021
Foto - Pinterest

Wajib Tengok 7 Filem Seram Jepun Yang Ini, Sumpah Takut!

March 4, 2021
Foto - Instagram

Miliki Body Seksi Model Emily Ratajkowski Dengan Cara Ini

March 4, 2021
Saturday, March 6, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home News

Sexy & Curvy! Lihat Perempuan Cantik Mana Yang Pernah Jadi ‘Buah Hati’ Trump

by Afiqah Syamin
May 5, 2017
Sumber: Fortune

Sumber: Fortune

25
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

You’re Fired!

Seperti kebanyakan orang, penulis juga mengenali insan yang baru bergelar Presiden Amerika Syarikat ini ketika kemunculan siri realiti televisyen berlatarkan bidang perniagaan dan empayar kekayaan milik Donald Trump iaitu The Apprentice yang diterbitkan sekitar tahun 2004.

Sumber: cinemontage.org

Mempunyai gaya rambut blonde tersendiri, Trump bukan hanya dikenali kerana harta berbillion dolar yang dimilikinya malah sifat kelelakiannya yang sering berganti pasangan sejak muda.

Selain bijak menjalankan perniagaan keluarga sehingga berjaya, ditambah pula rupa parasnya yang boleh dikatakan kacak, agaknya apa personaliti menarik lain yang dimiliki Trump sehingga beliau mudah ‘mencairkan hati wanita?

Sebelum boleh menguruskan legasi perniagaan keluarga, Trump dihantar untuk menyertai akademi ketenteraan sejak berumur 13 kerana ayahnya mahu beliau menjadi seorang yang berdisiplin. Trump banyak menunjukkan prestasi positif malah ramai rakan-rakan kadetnya mengelar Trump sebagai ‘Ladies Man’ kerana sering kelihatan kemas dan macho.

#1 IVANA TRUMP 

Sumber: AFP/Getty

Cantik raut wajah, begitu juga dengan hatinya. Wanita ini ibarat cinta pertama yang berjaya menangkap hati Trump. Mereka berkahwin pada 7 April 1977. Kemudian dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Donald Jr., Ivanka dan Eric.

Selain sebagai isteri, wanita ini turut berkebolehan dan diberi amanah oleh Trump untuk menguruskan dua projek besar terawal iaitu pembinaan Trump Tower di Manhattan serta Trump Taj Mahal Casino Resort di Atlantic City. 

Sumber: Pinterest

Walau bagaimanapun, perkongsian hidup mereka hanyalah sementara kerana Ivana nekad menfailkan penceraian pada 1991 terhadap Trump selepas dapat menghidu skandal suaminya dengan seorang wanita bernama Marla Maples.

#2 MARLA MAPLES

Sumber: Pinterest

Merupakan isteri kedua Trump selepas penceraian pertama. Marla Maples bertemu Trump sewaktu umurnya baru menjangkau 21 tahun pada 1985. Sembilan tahun kemudian, mereka memutuskan untuk berkahwin namun bercerai sebaik selepas dua bulan melahirkan anak perempuan mereka, Tiffany pada tahun 1999 setelah hidup berasingan sejak 1997.

Marla adalah personaliti televisyen yang pernah mengacarakan rancangan Miss Universe Pageant malah berpengalaman membintangi beberapa filem termasuklah Maximum Overdrive dan Executive Decision.

#3 GABRIELA SABATINI

Sumber: Pinterest

Wanita Argentina ini adalah seorang Atlet Tennis yang berpengaruh. Gabriela bertemu Trump saat dia sedang dilanda populariti dalam sukan elit tersebut sekitar 1989.

Sumber: DailyLeaks

Meskipun begitu, hubungan tersebut hanya bertahan selama sebulan dan kini, Gabriela masih bujang menunggu kehadiran sang putera untuk melamarnya.

#4 CARLA BRUNI

Sumber: Pinterest

Carla adalah wanita paling cantik yang pernah didampingi Trump selepas Marla jika hendak dibandingkan dengan bekas kekasih dan isterinya yang lain. Sebelum menjalinkan hubungan dengan Trump, wanita Perancis ini adalah merupakan kekasih legenda rock Mick Jagger.

Sumber: Pinterest

Biarpun cantik, Trump sendiri mengaku bahawa Carla lah dalang sebenar yang telah meruntuhkan perkahwinannya dengan Marla (isteri kedua) kerana wanita ini pernah memaksanya untuk meninggalkan Marla sehingga lama-kelamaan Trump sendiri naik bosan dengannya.

#5 ROWANNE BREWER

Pada 1990, wanita ini yang juga seorang model telah diundang menjadi tetamu di salah sebuah parti kolam yang dianjurkan Trump. Rowanne yang ketika itu baru berusia 26 tahun mula menarik hati Trump sekaligus timbulnya bibit-bibit cinta ketika Trump sendiri bertanyakan ‘soalan pikat’ padanya adakah dia mahu meminjam pakaian mandi (swimsuit) agar boleh menyertai acara mandi-manda di parti tersebut.

Sumber: Pinterest

Trump juga dilaporkan memuji Rowanne dengan berkata “That’s a stunning Trump girl right there” sebaik beliau melihat kehadiran Rowanne yang telah bertukar pakaian, memakai kostum baju mandi yang dipinjamkannya itu.

#6 ALLISON GIANNINI

IKLAN

Sumber: thecelebbuzz.com

Trump bertemu dengan Allison saat beliau baru sahaja berpisah dengan Marla selepas gagal dalam perkahwinan kedua pada tahun 1997. Mereka sebenarnya dikenalkan atas kawan namun tidak lama selepas itu, masing-masing jatuh hati.

Jelas Allison dalam satu temu ramah, “Meskipun dia bercinta dengan saya, dia sering sahaja bercerita tentang kebaikan Marla dan betapa sayangnya dia terhadap bekas isterinya itu.

Sumber insideedition.com

“Walaupun orang kata Trump ini banyak keburukan, saya tetap menganggapnya sebagai lelaki yang baik dan berhati mulia.”

#7 KARA YOUNG

Sumber: Pinterest

Ketika bercinta dengan Trump pada tahun 2001, Kara sebenarnya adalah tunangan kepada seorang kolumnis radio, AJ Benza. Kara walau bagaimanapun telah menyorokkan hal cintanya dengan Trump daripada AJ.

Tidak lama selepas itu, Trump menyertai sebuah rancangan di stesen radio Howard Stern untuk menjelaskan bahawa hubungannya dengan Kara sudah pun putus.

Sumber: KooBuzz

Sebaik selepas Trump berkongsi berita itu dengan para pendengar, beberapa minit kemudian Kara pula secara tiba-tiba menelefon sendiri pihak stesen radio untuk membuka cerita dan mengaku mengenai hubunga cinta tiga seginya antara Trump dan AJ Benza. ***Dah malu baru nak mengaku. Duh.

#8 JACKIE SIEGEL

Sumber: Pinterest

Jackie adalah seorang sosialit dan pernah membintangi filem dewasa (pornografi). Mereka mengenali satu sama lain ketika bertemu pada tahun 1998 namun Jackie sendiri mengaku yang mereka tidak pernah serius tetapi ada keluar bersama untuk beberapa temu janji selepas Trump banyak mengajaknya untuk menghadiri parti.

Sumber: Pinterest

Sehingga kini mereka masih lagi berkawan baik bahkan Jackie adalah penyokong kuat Trump ketika berlangsungnya kempen pemilihan presiden tahun lalu.

#9 MELANIA TRUMP

Sumber: Pinterest

Melania Trump atau nama sebenarnya Melania Knauss adalah seorang peragawati dan supermodel pakaian dalam terkenal suatu ketika dahulu. Beliau berkenalan dengan Trump apabila bertemu di sebuah acara Minggu Fesyen di Kota New York sekitar 1998.

Sumber: fashionlady.in

Mereka kemudian memutuskan untuk membina rumah tangga pada 2005 di Palm Beach, Florida dan telah dikurniakan seorang cahaya mata tunggal bernama Barron Trump. 

Untuk pengetahuan umum, perkahwinan Trump dan Melania pernah disenaraikan sebagai antara perkahwinan paling mahal yang dianggarkan berjumlah RM1.8 Juta! 

Dress Perkahwinan Rekaan Christian Dior: RM500,000

Sumber: donaldtrumpbuzz.com
Sumber: donaldtrumpbuzz.com

Cincin Berlian Platinum Lawrence Graff: RM15 Juta

Sumber: donaldtrumpbuzz.com

Kek Cawan Berhias Yang Disusun Membentuk Kek Bertingkat: RM250,000

Sumber: gq.com

Donald melabel hubungan dia dan Melania sebagai pasangan suami isteri yang bahagia malah mengakui bahawa dia dan isterinya itu “tidak pernah bergaduh”. 

Tonton Ceritera Di Sebalik Kehidupan Mewah dan Kejayaan Donald Trump

https://www.youtube.com/watch?v=JkWjeIu6FT8

Okay, ada sesiapa yang teringin nak jadi The Next Trump Girl?

RUJUKAN 1, 2 & 3

Tags: Barisan Wanita Yang Pernah Jalin Hubungan Dengan Donald TrumpBekas Isteri Donald trumpBekas Kekasih Donald Trumpcinta perhubungangaya hidupJutawan BerpengaruhPresiden Amerika Syarikat Donald Trump
Share1Tweet1Send

TRENDINGMINGGU INI

Jangan Keliru, Ini 10 Maksud Status “Tracking” PosLaju

Sexy & Curvy! Lihat Perempuan Cantik Mana Yang Pernah Jadi ‘Buah Hati’ Trump

Resepi Koktail Susu Paling Sedap!

Netizen Kongsi Air Starbucks Sedap, Berbaloi Beli Walaupun Mahal

Jawab Soalan Temuduga Dengan 15 Jawapan Ini Supaya Majikan Terpikat

Elak Lakukan 10 Perkara Ini Bila Bermesej Dengan Lelaki

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.