Khas buat perantauan yang jauh dari keluarga sepanjang bulan Ramadhan ini pasti merindukan suasana berbuka puasa bersama keluarga dan yang paling ternanti ialah keenakan juadah berbuka dari air tangan bonda. Tiada apa yang lebih mengembirakan hati seorang anak apabila dapat menikmati hidangan yang disediakan oleh ibu. Bersesuaian dengan itu, Hotel Armada Petaling Jaya menawarkan buffet di bulan puasa ini dengan juadah yang membangkitkan ‘Selera Nostalgia Ramadhan’.
Penulis dapat merasa sendiri juadah buffet dari mereka pada majlis prebiu hidangan berbuka puasa Hotel Armada. Walaupun ia terbuka pada hidangan masakan tradisional Melayu namun ia juga memberi penambahan moden seperti Kari Kepala Ikan Salmon. Ia merupakan hidangan utama dan wajib dicuba sekiranya anda ke sini!
Kegunaan bahan dan rempah dalam setiap hidangan dapat dihidu dan membuatkan anda rasa teruja untuk mencuba. Apa yang penulis boleh katakan hidangan seperti Siput Seduk Masak Cili, Sup Tulang Rusuk, Sambal Udang Petai dan Ketam Masak Nangka Muda dengan Kunyit sememangnya kaya dengan bahan rempah. Sama seperti sajian yang disiapkan oleh si ibu, tidak pernah lokek dalam menambah rasa dan rempah dalam masakan.
Dengan lebih dari 100 sajian terhidang daripada pelbagai jenis Kerabu, Sambal dan Aneka Jeruk. Anda juga dapat merasai hidangan yang tidak mudah dijumpai di tempat lain seperti Roti Durian, Lidah Sapi dengan Air Asam, Ikan Sembilang Panggang Berlada, Ekor Lembu Masak Asam Pedas, Itik Berladok dan banyak lagi.
Tidak dilupakan juga hidangan pencuci mulut dari pelbagai variasi kuih-muih tradisional Melayu seperti Pengat Nangka, Bubur Pulut Hitam, Ais Kacang dan Bubur Cha-cha. Penyegar tekak setelah seharian beribadah puasa dari pilihan minuman Cincau, Kelapa Muda, Jagung, Kembang Semangkuk, Selasih dan banyak lagi.
Buffet Buka Puasa Selera Nostalgia Ramadhan
Bermula: 27 Mei hingga 24 Jun 2017
Harga : RM80.00+ (Dewasa)
RM40.00+ (Kanak-kanak 7-12 tahun)
Hotel Armada juga menyediakan pelbagai juadah untuk menyambut ambang Hari Raya, Buffet Hi-tea Hari Raya Aidilfitri
Tarikh: 25 dan 26 Jun 2017
Harga: RM65.00+ (Dewasa)
RM45.00+ (Warga emas)
RM32.00+ (Kanak-kanak)
Untuk tempahan, hubungi (03) 7954 6888/4557 (Utara Coffee House).