Singapura mempunyai tugu singa gergasi di tengah kota.
Kuching di Malaysia mempunyai tugu kucing untuk menarik pelancong melawat datang ke tempat mereka.
Jadi mengapa bandar Pontianak, Indonesia tidak membina tugu Kuntilanak, hantu perempuan berambut hitam panjang dengan gaun tidur putih berlumuran darah untuk menarik pelancong?
Itu yang menjadi tanda tanya Ketua Pemuda Kalimantan Barat untuk sektor Pelancongan dan Sukan, Kartius baru-baru ini.
Idea Kartius adalah untuk membina sebuah tugu gergasi Kuntilanak di bandar itu untuk menarik ramai pelancong datang, sama seperti di bandar-bandar lain di seluruh dunia.
Kartius mendakwa dia akan membina tugu 100 meter di antara Kapuas River dan Landak River. Beliau berpendapat ini cara terbaik bagi menarik pelancong datang melawat kerana ia akan memberi pandangan seumpama patung dari jauh.
Walaubagaimanapun, Kartius merasakan tugu Kuntilanak tidak dapat dibuat tetapi bila difikirkan idea itu sangat bernas untuk sektor pelancongan.
“Ia hanya satu idea sahaja,” jelasnya lagi.
Sementara itu, pengguna internet terasa teruja dengan idea tersebut dan mula mewujudkan ilustrasi patung gergasi Kuntilanak yang sesuai.
Adakah anda rasa idea tugu gergasi Kuntilanak akan membuatkan pelancong datang atau tidak ke bandar Pontianak?