Siapa sangka penyanyi kecil molek ini sudah mencecah usia 32 tahun. Melihat saiznya, pasti ramai merasa Sandara Park masih remaja malah usianya sekitar 20an, bukan? Apa tidaknya, lihat sahaja pemilihan fesyen Sandara yang selesa mengenakan jeans bersama t-shirt dan sneakers.
Apa yang menarik tentang Sandara ialah, beliau berbeza dengan selebriti Korea yang lain, Sandara sering dilihat memakai sneakers berbanding kasut tumit tinggi. Namun, pilihan sneakers yang beliau gayakan juga bukan calang-calang, kebanyakan dari jenama fesyen terkenal seperti Adidas, Vans, Air Jordan dan banyak lagi.
Pada peminat sneakers, anda pasti cemburu melihat himpunan sneakers Sandara Park yang pelbagai ini.
VANS OLD SKOOL – Twilight Blue & True White
NIKE AIR MAX 98 – Supreme “Supreme”
ADIDAS YEEZY BOOST 530 – Pirate Black
GOLDEN GOOSE DELUXE BRAND – Super Star in Emerald Green
AIR JORDAN 11 Retro Low BG (GS) – “Infrared 23”
ADIDAS Superstar Shoes – Original
PIERRE HARDY KELIS – Multi Color Block Leather High Top Laces
Vetements x Reebok Instapump Fury
VANS OLD SKOOL – BLACK
Okay cemburu tak tengok koleksi sneakers Sandara Park?