CJ WOW SHOP, rangkaian beli-belah inovatif menerusi pelbagai platform di rumah mengumumkan peraduan sempena kempen jualan ‘Serikan Ramadan dan Raya Bersama WOW’ sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan dan Syawal.
CJ WOW SHOP dengan kerjasama Proton menawarkan empat buah ‘Kereta Raya WOW’. Di sini pembeli berpeluang membawa pulang Proton Ertiga yang merupakan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang luas, selesa dengan status cekap tenaga. Selain itu, sepuluh pelangga bertuah lain akan menerima baucar membeli-belah CJ WOW SHOP bernilai RM500 setiap satu.
Menerusi kempen ini, CJ WOW SHOP telah menambah lebih 30 barangan baharu bagi meluaskan lagi rangkaian produk, antaranya pelbagai produk Islamik, produk fesyen, peralatan rumah dan kediaman, perkakas dapur dan barangan kecantikan. Koleksi bulan Ramadan termasuk set Quran digital, barangan ibadah seperti telekung keluaran Ariani, Jannena dan Habibi Noura, serta sejadah Jakel.
Bukan itu sahaja, CJ WOW SHOP telah menambah rangkaian perkakas dapur bagi memudahkan lagi tugasan di rumah, antaranya ELBA, ZUCCA, Cornell, Pensonic, Milux dan Little Homes.
Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian produk baharu sempena bulan Ramadan dan Hari Raya, pelanggan boleh mengikuti siaran demonstrasi CJ WOW SHOP menerusi saluran TV3, ntv7, 8TV, TV9 dan tonton. Produk-produk ini boleh menerusi pelbagai platform termasuk:
- Talian bebas tol 1-800-18-0808
- Laman web www.cjwowshop.com.my
- Aplikasi mudah alih Google Play (Android) & App Store (iOS)