Moon Jae-in telah dilantik sebagai Presiden Korea Selatan yang baru namun nampaknya semua mata lebih tertumpu kepada salah seorang pengawal peribadinya.
Rata-rata netizen terganggu dengan kehadiran pengawal peribadi Moon Jae-in yang dikatakan mempunyai rupa paras kacak.
Menurut laporan berita Korea, pengawal peribadi tersebut dikenal pasti sebagai Choi Young-jae, berusia 36 tahun. Choi merupakan seorang pegawai Korea Special Warfare Command, malangnya sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak perempuan.
Walaubagaimanapun, itu tidak menghalang netizen untuk terus ‘menikmati’ wajah macho Choi apatah lagi ramai berpendapat Choi kelihatan seperti seorang pelakon filem.
Tapi tak dinafikan memang segak pun!