Sunday, April 18, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Review - Makanan

Sajian Buka Puasa Mewah Ala Kampung Di Four Points By Sheraton Puchong

by Izzah Azizah
May 15, 2017
27
VIEWS
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Hotel Four Points bukan asing lagi bagi masyarakat dunia, ia telah mempunyai sebanyak 200 hotel lebih dari 30 negara. Pengunjung biasanya akan menikmati keselesaan dan servis yang disediakan dari Four Points luar biasa hebat dari hotel lain. Sesuai dengan konsep business, meet pleasure, hotel Four Points biasanya berdekatan di bandar-bandar utama, lapangan terbang, pantai atau pinggir kota. 

Foto – www.pamper.my

Walaupun ia terkenal dengan status hotel mewah, sempena bulan Ramadan 2017 ini, hotel Four Points by Sheraton Puchong menyediakan jamuan buffet buka puasa dengan pelbagai hidangan kegemaran dari seluruh pelusuk Malaysia. Selera Nostalgia dari Four Points membawa lebih dari seratus seleksis pilihan makanan seperti Roti John, Ayam Dara Masak Briyani, Daging Masak Gulai, Sup Ekor, Mee Udang, Laksa Kari dan banyak lagi. 

Selera Nostalgia, bufet Ramadhan Four Points by Sheraton. Foto – arkib Wanista.com
Lauk-pauk juadah berbuka puasa dari Four Points by Sheraton Puchong. Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com
Kurma kambing antara lauk menjadi tarikan selera. – Foto – arkib Wanista.com

Bila sebut ‘nostalgia’ pasti membangkitkan memori berbuka puasa di kampung dengan juadah kampung yang tradisional. Ya, di hotel Four Points by Sheraton Puchong bermula 27 Mei sehinga 24 Jun 2017 juadah kampung seperti Gado-gado, Kerabu Ayam Kampung, Lemang, Serunding dan Ulam-ulaman Melayu. Bukan itu sahaja, gerai Nasi Kandar dengan pilihan ayam goreng, telur ikan goreng, ketam, udang dan sotong. Juga lauk wajib seperti Kari Ikan, Ayam Masak Kicap dan Kurma Kambing. 

Foto - Insider

8 Makanan Baik Boleh Hilangkan Panik Semasa Penerbangan

November 18, 2020

Jawline On Point, Lakukan Perkara Ini Boleh Hilangkan Dagu Berlapis

October 30, 2020
Rojak buah yang boleh dibuat sendiri. Foto – arkib Wanista.com
Aneka kuih-muih tradsional. Foto – arkib Wanista.com

Tidak ketinggalan pemanis mulut terdiri dari 14 variasi pilihan kuih-muih, jeruk buah-buahan atau Bubur Kacang Hijau, Pengat Nangka, Sago Gula Melaka dan Dodol. 

Bagi anda yang gemar dengan citarasa kampung dan berdekatan dengan sekitar bandar Puchong wajib mencuba juadah berbuka puasa ‘Selera Nostalgia’ dari hotel Four Points by Sheraton Puchong.

Harga bufet berbuka puasa ‘Selera Nostalgia’ Four Points by Sheraton Puchong

IKLAN

RM140 – Dewasa

RM70   – Kanak-kanak 4 – 11 tahun

Nikmati diskaun early bird RM100 sahaja pada tempahan 10 April – 29 Mei 2017

Untuk tempahan, hubungi 03-5891 8888 atau emel eatery.puchong@foutpoints.com. Maklumat lanjut anda boleh layari laman rasmi Facebook Four Points by Sheraton Puchong.

Tags: Bufet Ramadan Di Hotelfour points by sheraton puchongIdea Berbuka Puasajuadah berbuka puasaLokasi Berbuka Puasamakananpuasa 2017ramadan 2017review makanan
Share1SendShare

ARTIKELTERKINI

Suka Pakai Pink Maksudnya… Wanista Selongkar Rahsia Warna Baju Pilihan Lelaki

9 Tips Penjagaan Kebersihan Wanita Yang Perlu Diberi Perhatian

6 Transformasi Jaya Bachchan Dari Artis Muda Sehingga Menjadi Ahli Politik

Pakar Nutrisi Kata ‘Makanan Sihat’ Ini Sebenarnya Tidak Sihat?

Nak Bersama Dalam Bulan Puasa, Ini Waktu Sesuai Kena Tahu

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.